Posts

Showing posts with the label Puasa

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Image
 Seorang ahli perniagaan yang mencederakan dua pengawal peribadi kerana berpuasa pada 2021, dijatuhkan hukuman penjara enam tahun 10 bulan dan didenda RM22,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga kesalahan iaitu ugutan, mencederakan mangsa serta mengeluarkan perkataan dengan niat sengaja melukakan perasaan mereka. Majistret Siti Zubaidah Mahat turut memerintahkan Chung Chee Yang, 47, dipenjara 21 bulan sekiranya gagal melunaskan denda. Siti Zubaidah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili Chung gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap kesemua pertuduhan pindaan. “Bagi kes mengugut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, tertuduh dihukum penjara lima tahun dan denda RM10,000, manakala kes kedua iaitu mengeluarkan perkataan-perkataan melukakan agama Islam di bawah Seksyen 298 kanun sama, dipenjara setahun serta denda RM10,000. “Bagi kes sengaja menyebabkan kecederaan ke atas pengawal peribadi mengikut Seksyen 323 ka...

Nasib majikan pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa diketahui Jumaat ini

Image
Nasib seorang ahli perniagaan yang dituduh memukul dan menghina dua pengawal peribadinya kerana berpuasa akan diketahui di Mahkamah Majistret di sini, Jumaat ini. Berdasarkan sistem e-filing (EFS), prosiding keputusan itu akan didengar di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat pada pukul 9 pagi. -Advertisement- Chung yang merupakan majikan kepada dua pengawal peribadi tersebut mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan dihadapinya. Ini termasuk dua pertuduhan telah bersubahat dengan pembantu peribadinya dengan mengarahkannya untuk sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Ahmad Shamsuri Zailani, 31, dan Mohd. Azminizam Zulkepli, 48, dengan menggunakan senjata iaitu sebatang rotan. Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman tersebut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan ( KK ). Chee Yang yang terlibat dalam beberapa pelaburan termasuk hartanah itu juga dituduh menakutkan secara jenayah terhadap Mohd. Azminizam mengguna...

Hikmah dan Adab Bersahur

Image
Bersahur adalah amalan penting sebelum memulakan puasa pada siang hari. Ia bukan sekadar makan sebelum subuh, tetapi juga memiliki hikmah dan adab yang perlu dipatuhi oleh umat Islam. Berikut adalah penjelasan mengenai hikmah dan adab bersahur: Hikmah Bersahur Mengikuti Sunnah Nabi (SAW) Bersahur adalah amalan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad (SAW). Sabda Baginda: "Bersahurlah kerana pada sahur itu ada keberkatan."  (HR Bukhari dan Muslim) Mengikuti sunnah ini membawa pahala dan keberkatan. Menyediakan Tenaga untuk Berpuasa Makan sahur memberikan tenaga dan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa sepanjang hari, terutama bagi mereka yang bekerja atau melakukan aktiviti fizikal. Meningkatkan Kesihatan Bersahur membantu mengekalkan kadar gula dalam darah dan mencegah keletihan atau dehidrasi semasa berpuasa. Menguatkan Ibadah Dengan bersahur, seseorang akan lebih bersemangat untuk beribadah seperti solat Subuh, membaca Al-Quran, dan berzikir. Mengelakkan Rasa Lapar yang Melampa...

Manfaat Berpuasa bagi Umat Islam

Image
Berpuasa, terutama pada bulan Ramadan, memiliki banyak manfaat bagi umat Islam, baik dari segi rohani, fizikal, mental, mahupun sosial. Berikut adalah beberapa manfaat utama: 1. Manfaat Rohani Mengukuhkan Iman : Berpuasa adalah salah satu rukun Islam yang mendekatkan diri kepada Allah (SWT) dan mengukuhkan keimanan. Latihan Disiplin Diri : Menahan diri dari makan, minum, dan keperluan fizikal lain pada siang hari melatih kawalan diri dan kesabaran. Meningkatkan Rasa Syukur : Merasa lapar dan dahaga membantu umat Islam menghargai nikmat makanan, air, dan keperluan asas yang lain. Penyucian Jiwa : Berpuasa membersihkan jiwa dari dosa dan tabiat buruk, serta mendorong pertumbuhan rohani. 2. Manfaat Fizikal Detoksifikasi Tubuh : Berpuasa memberi peluang kepada tubuh untuk detoks dan memperbaiki sistem pencernaan. Mengawal Berat Badan : Makan terkawal semasa  sahur  dan  iftar  membantu menguruskan berat badan. Meningkatkan Kesihatan : Berpuasa dikaitkan dengan penurunan ...

[Video] Umat Islam jalankan ibadah puasa Ahad 3 April

Image
[Video] Umat Islam jalankan ibadah puasa Ahad 3 April Sumber:  https://pakdin.my/158045   ..... Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ahad ini. Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini. Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada hari ini bersamaan 29 Syaaban 1443 Hijrah. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan itu turut menyatakan proses melihat anak bulan Ramadan berlangsung di 29 lokasi seluruh negara. Menurut kenyataan itu juga, Majlis Raja-Raja mempersetujui ca...