Posts

Showing posts with the label Pekerja Asing

Lima warga Bangladesh ditahan bantu siasatan kes bunuh rakan senegara kerana lewat bayar gaji

Image
SHAH ALAM  -- Polis menahan lima warga Bangladesh termasuk dua wanita bagi membantu siasatan berhubung kes tetak dan bunuh rakan senegara mereka di Seksyen 7 semalam 15 February 2025. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kesemua individu berusia 33 hingga 53 tahun termasuk suspek utama ditahan pada 1.49 tengah hari semalam di hadapan sebuah kedai runcit di kawasan itu. Beliau berkata penahanan kesemua suspek dilakukan susulan panggilan yang diterima daripada orang awam pada 8.26 pagi hari yang sama, memaklumkan kejadian seorang lelaki ditetak di hadapan sebuah kedai runcit. “Pihak polis dan ambulans dari Hospital Shah Alam segera dikejarkan ke tempat kejadian. Pemeriksaan pegawai perubatan ke atas seorang lelaki yang terbaring di hadapan kedai itu mendapati mangsa telah meninggal dunia dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian kepala, badan serta tangan akibat serangan menggunakan objek tajam. “Siasatan polis mendapati si mati merupakan seorang lelaki warg...
Image
[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160397/ KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan kuota pekerja asing di negara ini, semalam. Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an dan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 10 malam dan 12 tengah malam, semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. “Ahli perniagaan tersebut disiasat berhubung penerimaan wang rasuah berjumlah lebih RM1 juta daripada ejen pekerjaan manakala seorang lagi suspek disyaki membayar rasuah kepada syarikat penyedia platform bagi permohonan pekerja asing,” kata sumber. Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan kedua-dua suspek direman tiga hari bermula hari ini sehingga 7 Ogos selepas SPRM membuat permohonan reman itu di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi. Semalam, SPRM menahan lapan i...