Posts

Showing posts with the label Perpaduan

Masjid dan kuil Hindu beri perlindungan kepada mangsa letupan tanpa mengira agama, akhlak mulia patut dicontohi - Sultan Perak

Image
 Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menyatakan bahawa sikap pemimpin Masjid Al-Falah USJ 9 dan Kuil Sri Maha Kaliamman di Jalan Putra Harmoni dalam insiden letupan gas di Dataran Putra wajar dijadikan teladan. Kedua-dua pemimpin tempat ibadah tersebut membuka pintu kepada mangsa dan petugas tanpa mengira kaum atau agama, serta membenarkan umat Islam bersolat di dalam kuil. Baginda menegaskan bahawa akhlak mulia yang ditunjukkan oleh pemimpin kedua-dua institusi keagamaan ini memberikan harapan kepada hubungan kaum di negara ini dan meredakan kebimbangan masyarakat. Hakikatnya, rakyat mampu hidup aman dan harmoni selagi tidak diracuni oleh politik perpecahan. Baginda berdoa agar negara dan negeri terhindar daripada kehancuran akibat tindakan ekstremis agama dan kaum, serta memohon supaya Perak dan rakyatnya bersatu di bawah bimbingan, ilham, dan perlindungan Ilahi. Dalam Ucaptama pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini, Sultan Nazrin menyatakan kesedihannya melihat nega...

PRN: Apa rakyat Kedah mahu?

Image
PRN: Apa rakyat Kedah mahu? Baca seterusnya di: https://pakdin.my/166599 Kestabilan politik, pembangunan infrastruktur serta peningkatan sosioekonomi yang seimbang menjadi antara keperluan utama yang ditagih pengundi di Kedah daripada mana-mana parti politik yang akan mentadbir negeri ini selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti. Beberapa pengundi yang ditemui Bernama meluahkan harapan agar pentadbiran kerajaan negeri nanti dapat dilakukan secara efisien dan diselaras sebaik mungkin dengan kerajaan Persekutuan. Pengusaha industri kecil dan sederhana Zarina Abdullah, 58, berpendapat isu kemudahan asas termasuk bekalan air masih belum diselesaikan dan memberi kesan kepada kehidupan rakyat khususnya golongan peniaga. “Sebagai peniaga kecil-kecilan, saya bersyukur menerima bantuan menerusi peruntukan kerajaan pusat untuk perniagaan makanan tetapi masalahnya di negeri ini, kita ada masalah bekalan air. “Masalah bekalan air ini sedikit sebanyak menjejaskan operasi perniagaan saya...

Sarawak perlu kekal aspek perpaduan walau beza kaum, agama - Abang Jo

Image
Sarawak perlu kekal aspek perpaduan walau beza kaum, agama - Abang Jo BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165031 KUCHING -- Sarawak perlu terus mengekalkan dan mengutamakan aspek perpaduan serta keharmonian kaum dalam beragama tanpa mengetepikan kesucian Islam, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata perpecahan akibat isu perkauman hanya merugikan Sarawak yang akan menjangkau usia 60 tahun kemerdekaan pada 22 Julai ini.  “Ia (perpaduan) merupakan asas yang sangat perlu untuk sesebuah masyarakat bergerak maju ke hadapan. Setelah 60 tahun merdeka, kini Sarawak sangat berpotensi menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’i di Pusat Konvensyen Borneo Kuching anjuran Jabatan Mufti Sarawak, di sini hari ini.  Abang Johari berkata meskipun ada kalanya rakyat Sarawak yang terdiri daripada berlainan bangsa dan agama mempunyai perbezaan pendapat, perkara itu...