Posts

Showing posts with the label WhatsApp

Status WhatsApp dijadikan tempat meluah perasaan?

Image
Status WhatsApp memang kerap menjadi tempat untuk meluahkan perasaan. Ramai orang menggunakan ciri ini untuk menyatakan apa yang mereka rasakan—sama ada gembira, sedih, runsing, atau sekadar fikiran rawak yang berlegar. Tapi, mengapa status WhatsApp sesuai dijadikan tempat untuk "curhat"? Jom kita bincang bersama. Pelbagai Perasaan yang Dikongsi Orang boleh menulis apa sahaja di status WhatsApp mengikut mood mereka. Contohnya: Gembira :  "Hari ini jumpa kawan lama, seronok sangat!" Sedih :  "Rindu pada kamu yang sudah tiada di sini." Runsing :  "Hidup kenapa jadi begini?" Tak hanya perasaan besar, hal kecil seperti  "Lapar sangat, tapi malas bergerak"  pun boleh jadi status. Format yang Membolehkan Ekspresi Bebas WhatsApp memberikan kebebasan untuk meluahkan perasaan melalui: Teks : Ayat pendek yang menusuk kalbu. Gambar : Foto matahari terbenam atau meme lucu yang mewakili perasaan. Video : Klip pendek, seperti lagu kegemaran yang dira...

Polis siasat dakwaan guru lelaki bercinta dengan pelajar 12 tahun

Image
Polis sedang menyiasat dakwaan seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Sepang yang dipercayai mempunyai hubungan dengan anak muridnya yang berusia 12 tahun. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, laporan telah dibuat oleh bapa kandung mangsa pada 26 Februari lepas setelah menyedari anak perempuannya kerap berhubung dengan guru berusia 30-an itu melalui aplikasi TikTok, Love8, dan WhatsApp dalam keadaan mencurigakan. “Perbualan antara mereka tidak mencerminkan hubungan biasa antara seorang guru dan anak murid, menyebabkan bapa mangsa tampil membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali. Norhizam menegaskan, siasatan masih dijalankan dan menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau m...

'Scammer' berang dapat 5 sen sahaja

Image
'Scammer' berang dapat 5 sen sahaja Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157445 - SLIM RIVER: Seorang guru dimaki dengan perkataan 'babi' dipercayai dilakukan oleh 'scammer' (penipu) yang berang selepas gagal memerangkapnya untuk mendapatkan wang seperti diminta menerusi Telegram, baru-baru ini. Beliau yang mahu dikenali Ahmad, 52, berkata, sebelum itu, beliau dihubungi seseorang yang menghantar mesej menggunakan indentiti rakan untuk meminjam wang sebanyak RM1,000. Menurutnya, beliau bernasib baik kerana sudah menyedari bahawa mesej itu bukanlah daripada rakannnya. "Apabila saya sedar telefon rakan saya telah digodam oleh scammer lalu saya mengiyakan permintaan scammer terbabit. "Kebetulan saya berada di pekan ketika itu dan terus ke bank memasukkan sejumlah wang sebanyak lima sen sahaja dan kemudian ambil gambar slip bank serta hantar kepada scammer terbabit," katanya ketika ditemui, dekat sini. Ahmad berkata, selepas beliau menghantar gambar sli...

‘Tak tahu kenapa saya diserang’; Zuraida dikeluarkan kumpulan chat pimpinan Bersatu

Image
  ‘Tak tahu kenapa saya diserang’; Zuraida dikeluarkan kumpulan chat pimpinan Bersatu [Sumber: https://pakdin.my/?p=154299 ] Seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM mengesahkan laporan mengatakan Zuraida Kamaruddin dikeluarkan daripada kumpulan perbualan mereka. “Ada benarnya juga apa yang diberitakan ini,” kata Muhammad Faiz Na’aman ketika ditanya mengenai laporan Utusan Online. Portal itu melaporkan Zuraida dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp yang dianggotai lebih 30 ahli MPT termasuk Presiden Muhyiddin Yassin minggu lepas. Perkembangan ini menyusuli laporan bahawa PPBM sedang menyiasat dakwaan bahawa Zuraida yang merupakan bekas Naib Presiden PKR yang berhijrah ke PPBM susulan Langkah Sheraton tahun lepas, kini dikaitkan dengan Parti Bangsa Malaysia. “Ini hal dalaman parti yang tidak patut terus dipolemikkan,” kata Faiz. Zuraida dalam satu temu bual berkata, pihak parti tidak memaklumkan apa-apa kepadanya berhubung kedudukannya, sama ada secara rasmi atau tidak. “Saya tid...