Posts

Showing posts with the label Shafie Apdal

Shafie sahkan Warisan bertanding solo

Image
 Parti Warisan (Warisan) memutuskan akan bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan datang. Perkara itu disahkan Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika dihubungi di sini hari ini. “Walaupun tidak memiliki sumber kewangan besar, parti menawarkan kepimpinan tanpa mengira bangsa selain mampu meletakkan Sabah dan rakyat negeri ini berada di landasan yang tepat,” katanya. Pada PRN Sabah ke-16 lepas, Warisan memenangi 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun parti itu kini memiliki 14 kerusi selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negerinya bertindak keluar parti. Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dilaporkan berkata kerajaan negeri mempunyai tempoh hingga Oktober sebelum DUN Sabah dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRN diadakan. Parti Warisan Sabah (WARISAN)  adalah sebuah parti politik berasaskan Sabah yang ditubuhkan untuk memperjuangkan hak autonomi dan kepentingan negeri Sabah dalam konte...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa

Image
Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159398    Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB). “Hari ini terbukti sudah kamu melepaskan Muhyiddin daripada didakwa kerana beliau adalah sekutu kamu, bukan keadilan yang dicari, tapi dendam yang menjadi keutamaan (terhadap Umno),” katanya dalam kenyataan. Razlan berkata, Muhyiddin sepatutnya menghadapi tuduhan sama seperti Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, atau sekurang-kurangnya menjawab dakwaan itu di mahkamah. Katanya, Mahathir yang merupakan perdana menteri ketika itu, akan tahu Muhyiddin menerima wang daripada UKSB dan bekas peguam negara, Tommy Thomas juga akan tahu bukti kes itu serta mengetahui siapa terbabit. “Hari ini, Zahid terpaksa membuktikan diri beliau di mahkamah, terpaksa berhadapan dengan cercaan m...