Posts

Showing posts with the label Mercun

Budak nakal main mercun bakar sofa mahal, tuan rumah larang kanak-kanak datang beraya

Image
Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya penuh kegembiraan bertukar muram apabila seorang "budak nakal" bermain mercun di dalam rumah, menyebabkan sofa baru musnah terbakar. Kejadian ini membuatkan tuan rumah kecewa dan enggan membenarkan kanak-kanak lain masuk ke rumahnya untuk bersalaman sempena hari raya! Seorang wanita meluahkan rasa kecewanya kerana pada hari pertama Hari Raya, seorang kanak-kanak bermain mercun di dalam rumah, menyebabkan sofa di rumah makciknya terbakar. "Tidak tahu sama ada ini sengaja atau tidak. Lepas itu, budak itu lari. Ini bukan jumlah kecil—sofa itu baru dibeli dengan harga RM4,000," tulisnya di platform Threads. Wanita itu menambah, yang lebih menyedihkan ialah ibu bapa budak tersebut sehingga kini tidak menawarkan sebarang ganti rugi atau permohonan maaf. "Kejadian ini memberi trauma kepada makcik saya. Dia tidak mahu lagi membenarkan anak tetamu masuk ke rumah untuk ucapkan selamat hari raya. Hanya boleh beri duit raya dalam sampu...

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

Image
 Seorang parah manakala tiga lagi cedera selepas sebuah khemah menjual mercun terbakar dalam kejadian di Kampung Batu 9, Pekan Sabak Bernam, dekat sini awal pagi tadi 2 April 2024. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.08 pagi sebelum menggerakkan sebuah jentera bersama lapan anggota ke lokasi kejadian. Beliau berkata pihaknya mendapati kebakaran melibatkan kanopi 40 kaki persegi itu telah padam sepenuhnya sebelum ketibaan pihak bomba. “Insiden melibatkan empat lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20-an dengan seorang daripadanya cedera parah pada bahagian kaki kiri dan kanan serta tangan kanan manakala seorang lagi hanya cedera ringan. “Kesemua mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Md Yusof Ahmad menerusi satu kenyataan memaklumkan siasatan awal mendapa...

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

Image
JELI – Seorang remaja putus jari tangan kiri manakala dua rakannya melecur pada bahagian badan akibat terkena letupan mercun buatan sendiri dalam kejadian di asrama sebuah sekolah agama, di sini petang tadi. Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu, ketiga-tiga pelajar berusia 15 dan 16 tahun dihantar ke Hospital Jeli untuk rawatan lanjut. Menurutnya, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 5.48 petang selepas dimaklumkan oleh pegawai perubatan hospital berkenaan. “Ketiga-tiga pelajar sekolah itu memasukkan belerang ke dalam sebuah botol bersama batu kerikil untuk dijadikan bahan letupan. Mercun itu bagaimanapun meletup menyebabkan mereka cedera,” katanya ketika dihubung. Bermain mercun buatan sendiri sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan serius atau kematian. Berikut adalah beberapa bahaya yang berkaitan dengan mercun buatan sendiri: Letupan Tidak Stabil: Mercun buatan sendiri tidak d...

[VIDEO] Penjual tdak berlesen rugi, bunga api, mercun musnah terbakar - polis akan siasat

Image
[VIDEO] Penjual tdak berlesen rugi, bunga api, mercun musnah terbakar - polis akan siasat  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163582 Sebuah gerai yang menjual bunga api dan mercun terbakar sekali gus menyebabkan barangan dijual musnah dalam kejadian didakwa di Chow Kit, Kuala Lumpur. Insiden tersebut tular menerusi video di media sosial memperlihatkan mercun-mercun yang dijual meletup serta mengundang kebimbangan orang awam di situ. Menerusi video tersebut, gerai berpayung menjual bunga api dan mercun itu berdekatan dengan gerai menjual pakaian serta pasar raya. Kelihatan orang ramai melarikan diri daripada terkena percikan mercun selain terdapat seorang individu bertindak memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api. Bagaimanapun, tidak diketahui punca, masa kejadian tersebut serta kerugian dialami penjual bunga api dan mercun itu memandangkan tiada maklumat lanjut berkenaan kebakaran. Sementara itu pihak polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian sebuah gerai yang menj...

[VIDEO] Kastam Kelantan rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM35,000

Image
[VIDEO] Kastam Kelantan rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM35,000 BACA seterusnya di https://pakdin.my/16168 PASIR MAS - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api seberat 2,159 kilogram (kg) yang disyaki diseludup dari negara jiran di Kampung Padang Pakt Amat, Pasir Puteh, 9 Disember 2023. Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, berkata bertindak atas maklumat awam dan pemantauan rapi, pasukan operasi daripada Bahagian Penguatkuasaan Rantau Panjang menahan sebuah lori muatan tiga tan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam serbuan jam 9.50 malam itu. Bagaimanapun, katanya, pemandu lori dan kenderaan pacuan empat roda itu melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa. Katanya, rampasan mercun dan bunga api bernilai RM35,631.75 itu dipercayai untuk dihantar ke Lembah Klang untuk sempena sambutan Tahun Baharu Cina. “Siasatan masih terus dijalankan bagi mengesan pemilik lori dan pacuan empat roda yang telah diram...

[Video] Polis berjaya menahan van membawa mercun seludup

Image
[Video] Polis berjaya menahan van membawa mercun seludup   Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158348     JERTEH – Polis merampas mercun seludup bernilai RM30,000 selepas menahan sebuah van di tepi jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Keladi di Hulu Besut, di sini pada jam 11.15 pagi Selasa. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, terdahulu van itu dikejar oleh enam kereta peronda polis (MPV) sejauh 70 kilometer (km) dari Pasir Mas, Kelantan sebelum polis berjaya menahan seorang suspek pada jam 11.15 pagi, namun seorang lagi suspek telah meloloskan diri. Beliau berkata, kejadian bermula apabila anggota polis dari cawangan MPV Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas yang melakukan tugas ronda cegah jenayah melihat sebuah van berwarna putih yang mencurigakan, lalu pemandunya diarahkan berhenti untuk pemeriksan. "Suspek sebaliknya bertindak memecut kenderaannya ke arah Tanah Merah melalui Machang dan Pasir Putih, Kelantan sebelum me...

[Video] Tempat pelupusan mercun di Sentul terbakar, tiga cedera ringan

Image
[Video] Tempat pelupusan mercun di Sentul terbakar, tiga cedera ringan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158303   - KUALA LUMPUR: Tiga pekerja pembersihan cedera ringan dalam satu kebakaran yang mengakibatkan letupan kuat sehingga menggegarkan kawasan Sentul, petang tadi. Kejadian kira-kira jam 6.30 itu berpunca dari stor simpanan bunga api yang dirampas oleh Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul di Jalan Perhentian, di sini hari ini. Ia turut tular di media sosial apabila gambar kepulan asap berbentuk cendawan dimuat naik oleh warganet. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan kejadian dan berkata, tiga yang cedera hanya mengalami sedikit kecederaan. Katanya, mereka cedera ketika menjalankan kerja-kerja membersihkan tapak pelupusan mercun dan bunga api di stor berkenaan. "Tiga lelaki yang berasal dari Sabah ini diupah bagi membersihkan kawasan pelupusan rampasan mercun dan bunga api yang dilakukan kami pada jam 3 petang tadi. "Ketika membersihkan kawas...