Perak FC hentikan operasi serta-merta

Secara rasmi Perak FC menghentikan semua operasi berkuat kuasa serta-merta akibat tekanan kewangan yang dihadapi oleh pasukan itu. Menurut pengurusan pasukan, Perak FC telah menghantar pulang pemain-pemain import dan membayar apa yang termampu kepada para staf dan pemain dengan baki dana yang ada. Semua staf dan pemain pasukan juga telah dimaklumkan bahawa Perak FC tidak akan menyertai sebarang liga atau pertandingan pada musim akan datang dan bebas mencari peluang di kelab bola sepak lain. “Setelah tiga tahun atau dua setengah musim, dengan pelaburan melebihi RM40 juta, kami amat dukacita memaklumkan bahawa tiada lagi baki dana untuk diperuntukkan. Justeru, Perak FC akan menghentikan semua operasi berkuat kuasa serta-merta,” menurut pasukan tersebut, hari ini. Pengurusan pasukan itu juga mengucapkan penghargaan kepada para penyokong atas sokongan tanpa berbelah-bahagi. “Ini bukanlah penutup yang kami harapkan, tetapi kami perlu berpijak di bumi yang nyata serta menerima kenyataan baha...