Ekonomi negara kukuh, kerajaan Madani komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid

Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar. Menurut laporan Buletin Suku Tahunan Bank Negara Malaysia Suku Keempat 2024, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada suku keempat tahun 2024 dan 5.1 peratus bagi keseluruhan tahun, berbanding 3.6 peratus pada 2023. Menyambut baik laporan itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata angka berkenaan mencerminkan ketahanan ekonomi negara serta keberkesanan dasar kerajaan dalam memastikan pertumbuhan yang mampan dan berdaya saing. “Saya percaya kejayaan ini mesti diterjemahkan kepada manfaat langsung kepada rakyat seperti membawa lebih banyak peluang pekerjaan, pembukaan perniagaan baharu, peningkatan kemudahan infrastruktur dan pemacuan taraf hidup, khususnya bagi masyarakat luar bandar dan Bumiputera yang menjadi tunjang kekuatan negara,” katanya menerusi kenyataan yan...