Posts

Showing posts with the label Anthony Loke

Pemilihan CEC DAP 2025: Anthony Loke kekal Setiausaha Agung

Image
Bekas Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng dilantik menjadi Penasihat DAP yang baharu bagi penggal 2025 hingga 2028. Jawatannya sebelum ini pula diisi Gobind Singh Deo, yang memperoleh undi tertinggi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam di sini pada Ahad. Nga Kor Ming pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan sementara Anthony Loke kekal sebagai Setiausaha Agung parti itu. Seramai lima Naib Pengerusi Kebangsaan dipilih iaitu Chong Chieng Jen, Teo Nie Ching, Ng Suee Lim, Syahredzan Johan dan J Arul Kumar. Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP 2025-2028: Penasihat Parti: Lim Guan Eng Pengerusi Kebangsaan: Gobind Singh Deo Timbalan Pengerusi Kebangsaan: Nga Kor Ming Naib Pengerusi Kebangsaan: 1) Chong Chieng Jen 2) Teo Nie Ching 3) Ng Suee Lim 4) Syahredzan Bin Johan 5) Arul Kumar A/L Jambunathan Setiausaha Agung: Loke Siew Fook Timbalan Setiausaha Agung: 1) Sim Chee ...

Pemilihan CEC DAP 2025: Gobind Singh raih undi tertinggi

Image
Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo meraih undi tertinggi pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP sempena Kongres Kebangsaan ke-18 parti itu yang berlangsung hari ini. Gobind yang juga Menteri Digital memperoleh 2,785 undi, diikuti rapat oleh Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen dengan 2,631 undi; Ahli Parlimen Kulai merangkap Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (2,585 undi); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Datuk Ng Suee Lim (2,563 undi); dan Ahli Parlimen Seremban yang juga Menteri Pengangkutan Anthony Loke (2,508 undi). Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pemilihan CEC DAP Desmond Tan dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini. Berikut adalah senarai 30 ahli CEC untuk penggal 2025-2028: 1.⁠ ⁠Gobind Singh Deo (2,785) 2.⁠ ⁠Chong Chieng Jen (2,631) 3.⁠ ⁠Teo Nie Ching (2,585) 4.⁠ ⁠Ng Suee Lim (2,563) 5.⁠ ⁠Anthony Loke Siew Fook (2,508) 6.⁠ ⁠Yeo Bee Yin (2,503) 7.⁠ ⁠Ng Sze Han (2,437) 8.⁠ ⁠Khok Poay Tiong (2,390) 9.⁠ ⁠Chan F...
Image
Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP akan berlangsung pada 10 pagi 16 Mac 2025 dengan 70 calon bakal berentap merebut 30 tempat dalam jawatankuasa berkenaan. Proses pemilihan yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, Selangor bersempena dengan Kongres Kebangsaan ke-18 parti itu akan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Kebangsaan DAP Lim Guan Eng, diikuti ucapan dasar Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook seterusnya pemilihan CEC. Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Steven Sim sebelum ini berkata sebanyak 4,203 perwakilan dari 1,650 cawangan layak mengundi pada pemilihan berkenaan. Antara nama utama bagi perebutan kerusi CEC itu ialah Loke, Guan Eng, Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh, Nga Kor Ming, Chow Kon Yeow, Sim dan Chong Chieng Jen.  Pemilihan kali ini juga mengetengahkan 15 calon wanita bagi merebut sembilan kerusi yang dikhaskan untuk mereka antaranya Hannah Yeoh, Teresa Kok, Teo Nie Ching, Yeo Bee Yin, Young Sy...

MRT Corp anugerah kontrak sivil utama LRT Laluan Mutiara kepada SRS Consortium

Image
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), hari ini menandatangani perjanjian Kontrak Sivil Utama (CMC) bagi Segmen 1 Projek LRT Laluan Mutiara bersama SRS Consortium Sdn Bhd yang bernilai RM8.31 billion.  Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata CMC Segmen 1 Projek LRT Laluan Mutiara itu akan menghubungkan Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang-A (PSR-A) ke KOMTAR dengan anggaran jajaran sepanjang 24 kilometer. "SRS Consortium memiliki pengalaman dan kepakaran luas dalam projek ini, di atas keterlibatan mereka sejak awal projek, termasuk kajian teknikal serta dalam mendapatkan kelulusan penting.  "Proses rundingan perolehan antara MRT Corp dan SRS Consortium yang berlangsung sejak April 2024 telah dijalankan dengan penuh teliti dan menyeluruh," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis permeteraian tersebut, di sini, hari ini. SRS Consortium merupakan konsortium yang diketuai Gamuda Bhd bersama Loh Phoy Yen Holdings Sdn Bhd dan Ideal Property Developme...

Ringkasan Kemajuan ECRL: Kemas kini terkini, butiran stesen dan mengapa ia penting serta bagaimana Rafizi membodohkan pengikutnya

Image
Satu ketika dahulu letih nak menjawab kebodohan Rafizi Ramli tentang ECRL, hari ini segala soalan bodoh Rafizi Ramli dijawab oleh rakan beliau sendiri. Boleh lihat sini: https://www.google.com/search?q=ecrl+rafizi+ramli dan sini: https://www.google.com/search?q=ecrl+pakdin.my Propaganda membodohkan pengikutnya berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional sehingga Najib yang mengilhamkan ECRL sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi untuk negeri-negeri yang ketinggalan dari segi ekonomi. Lihat sini:  https://www.google.com/search?q=ecrl+najib+razak Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perkongsian yang baru dibentuk ini akan menubuhkan sebuah syarikat operasi baharu dengan kedua-dua pihak memegang kepentingan dan tanggungjawab yang sama terhadap risiko operasi termasuk defisit kewangan. Pautan tersebut, yang telah dipuji sebagai "perubah permainan" yang akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi, terutamanya untuk negeri-negeri di pantai timur, akan menghubungkan Kota Baru ke Pe...

[VIDEO] Loke: Kemenangan Muda di Muar kerana sokongan PH

Image
[VIDEO] Loke: Kemenangan Muda di Muar kerana sokongan PH BACA di pakdin.my/167399 - Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengingatkan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa kemenangannya di kerusi parlimen Muar pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah kerana sokongan Pakatan Harapan (PH). Dia berkata demikian sebagai menjawab ancaman Syed Saddiq dan Muda untuk menarik balik sokongan daripada kerajaan perpaduan. Ahli Parlimen Muar itu mengancam mengambil tindakan demikian sekiranya tiada penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung penarikan balik 47 pertuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. Loke menegaskan Syed Saddiq mempunyai kewajipan dan tanggungjawab untuk menyokong kerajaan perpaduan kerana undi yang diperolehnya pada PRU15 adalah dengan bantuan PH. “Pertama sekali, ini (menarik sokongan daripada kerajaan) adalah keputusan mereka. Mereka perlu membuat keputusan sendiri. “Tetapi biar saya ingatkan mereka (Muda dan Syed Saddiq...

Kenyataan Tony Pua tidak mewakili DAP - Anthony Loke

Image
Kenyataan Tony Pua tidak mewakili DAP - Anthony Loke BACA seterusnya: https://pakdin.my/166069 Kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggelar Barisan Nasional (BN) yang kini bersama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai ‘pakatan korup’ dibuat atas kapasiti individu dan tidak mewakili kepimpinan parti, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke. Beliau berkata ucapan berunsur serangan yang dibuat terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan itu tidak seharusnya dikeluarkan, dan menurutnya Pua tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam DAP.  “Kepimpinan tertinggi DAP telah membuat keputusan dasar untuk bekerjasama dengan gabungan politik lain demi mencapai kestabilan politik. “Sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.  VIDEO berkaitan: https://youtu.be/qPXCuA-chjo Pua dilaporkan membuat kenya...