Posts

Showing posts with the label Kuantan

[VIDEO] Suspek kes bunuh wanita di Tanjung Lumpur ditahan di Kuala Terengganu - Polis

Image
KUANTAN – Polis hari ini berjaya menahan suspek yang dipercayai membunuh dengan kejam seorang wanita yang menjalankan urus niaga hantaran tunai (COD) di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, lelaki berusia 53 tahun itu ditahan dalam satu serbuan pada pukul 5.30 pagi di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembesu, Gong Badak Kuala Terengganu. “Dengan tertangkapnya suspek, pihak polis telah berjaya menyelesaikan kes bunuh melibatkan seorang peniaga wanita yang ditemui mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada 13 Februari lalu. “Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya hari ini. Terdahulu dilaporkan seorang wanita ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila menjadi mangsa pembunuhan kejam ketika menjalankan COD di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di ...

[VIDEO] Suspek kes bunuh wanita di Tanjung Lumpur dikenal pasti - Polis

Image
Polis sudah mengenal pasti identiti suspek kes wanita yang ditemukan mati dipercayai dibunuh di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, semalam 13 Februari 2025. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pihaknya kini giat mengesan lelaki berusia 37 tahun itu yang menetap di sekitar daerah ini bagi membantu siasatan. Beliau berkata suspek turut mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan tidak mempunyai hubungan dengan mangsa yang juga ibu kepada seorang anak lelaki. "Suspek didapati pernah membuat pesanan makanan dengan mangsa dan bertemu di lokasi kejadian. Siasatan turut mendapati barang kemas wanita itu hilang selain terdapat kesan kecederaan di badan mangsa," katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Beliau ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pahang dan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini. Semalam, Bernama melaporkan mayat seorang peniaga ...

Mayat peniaga makanan wanita ditemukan di tepi sungai Tanjung Lumpur

Image
KUANTAN - Seorang wanita yang juga peniaga makanan ditemui meninggal dunia di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada Khamis 13 Februari 2025. Mayat mangsa berusia 37 tahun ditemui seorang lelaki sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada pihak polis kira-kira jam 12.45 tengah hari. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, hasil siasatan pada tubuh mangsa mendapati punca kematian wanita itu disyaki wujud unsur jenayah. Menurutnya, berdasarkan maklumat saksi, mangsa yang tinggal di daerah ini menjalankan perniagaan makanan. "Mangsa dikatakan datang ke kawasan tempat kejadian untuk menjalankan urus niaga secara hantaran (COD) kira-kira jam 7.30 malam hari sebelumnya. "Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. Wan Mohd Zahari berkata, pihak polis memohon kerjasama masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian hingga boleh menganggu siasatan...

[VIDEO] Terkejut lihat buaya tembaga berjemur

Image
[VIDEO] Terkejut lihat buaya tembaga berjemur BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162469 KUANTAN - Penduduk di Perkampungan Cenderawasih, Bukit setongkol, di sini terkejut apabila melihat kelibat seekor buaya tembaga kira-kira tiga meter sedang berjemur di dalam longkang besar, kira-kira jam 4 petang Selasa 14 Februari 2023. Penduduk, Muhd Idlan Subhi, 39, berkata, pada tahun ini sahaja sudah tiga kali reptilia tersebut dilihat berada di tebing longkang besar, namun kali ini, saiznya agak besar sehingga menggerunkan penduduk setempat. Menurutnya, walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku setakat ini, namun kebimbangan itu tetap ada kerana reptilia itu sering muncul di kawasan tersebut. "Kita takut kerana budak-budak selalu bermain di sini dan buaya pula selalu kelihatan di kawasan berhampiran taman ini. "Bimbang juga kalau tiba-tiba ada budak terjatuh, ia pasti boleh mengundang bahaya. Jadi kita merasakan perlu pemantauan daripada pihak berkaitan di kawasan ini," ...

[VIDEO] Penduduk Kuantan gempar buaya sesat dalam longkang

Image
[VIDEO] Penduduk Kuantan gempar buaya sesat dalam longkang BACA seterusnya di https://pakdin.my/161606 Penduduk sekitar Kampung Jawa di Kuantan, Pahang gempar kewujudan buaya yang tersesat di dalam sebuah longkang di kawasan tersebut. Dalam video yang tular menerusi media sosial, kelihatan haiwan reptilia itu berenang di dalam longkang yang mana ia berdekatan jalan raya serta perumahan penduduk. Difahamkan, kejadian itu berlaku beberapa hari lalu dan orang awam berkumpul di sekitar longkang berpalang besi itu untuk melihat buaya tersebut. Seorang pengguna TikTok meninggalkan komen dengan mendakwa, haiwan tersebut sering dilihat di kawasan itu. “Di Kuantan ni, selalu nampak main di kawasan itu,” ujarnya. “Jangan disangka longkang yang tenang tiada buaya,” kata seorang lagi pengguna. “Jangan disangka longkang yang tenang tiada buaya,” BACA seterusnya di https://t.co/GSJMfBXN3i ......... pic.twitter.com/A5eFmmxfZH — Kamaluddin 阿列克斯 தீன் (@KamaluddinIdrus) January 8, 2023

[Video] Lelaki bawa warga asing nekad bolosi sekatan, polis terpaksa lepas tembakan

Image
[Video] Lelaki bawa warga asing nekad bolosi sekatan, polis terpaksa lepas tembakan Sumber:  https://pakdin.my/158055 ... KUANTAN: Seorang lelaki yang memandu sebuah kenderaan utiliti sukan dan membawa 12 warga Myanmar tanpa dokumen pengenalan diri berjaya ditahan polis selepas bertindak nekad meloloskan diri daripada sebuah sekatan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) di Gambang, di sini hari ini. Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata tindakan suspek berusia 33 tahun yang memandu Nissan X-Trail itu menyebabkan polis melepaskan lima das tembakan termasuk ke arah tayar hadapan kenderaan itu yang akhirnya berhenti selepas satu kilometer akibat tayar pancit. "Suspek sebelum itu dikatakan memecut laju kenderaannya secara tiba-tiba semasa menghampiri SJR berkaitan Operasi Samseng Jalanan di Kilometer 200 lebuh raya itu dan menggunakan lorong kecemasan untuk melarikan diri sebelum cuba memasuki semula lorong laju sehingga hampir melanggar anggota polis ...

[Video] Lima rumah kedai musnah terbakar di Jalan Beserah, Kuantan

Image
[Video] Lima rumah kedai musnah terbakar di Jalan Beserah, Kuantan Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155657 KUANTAN: Lima rumah kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Beserah, di sini, tengah malam tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bagaimanapun, kejadian itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa dan kecederaan. Katanya, berdasarkan laporan, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM menerima panggilan kecemasan pada jam 12.47 tengah malam. "Seramai 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, Indera Mahkota dan Gebeng bersama enam jentera terbabit dalam operasi pemadaman. "Operasi pemadaman membabitkan lima rumah kedai yang mengalami kemusnahan 100 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 2.14 pagi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Beliau berkata, operasi ditamatkan jam 6.04 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.