Posts

Showing posts with the label Lebuh Raya Utara-Selatan

Bas bawa 24 penumpang jatuh gaung

Image
TANJUNG MALIM – Seramai 24 penumpang berdepan detik cemas apabila sebuah bas yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di Kilometer (KM) 392, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di sini pada pukul 4.27 petang tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian berlaku apabila bas yang membawa pekerja asing itu telah berlanggar dengan sebuah lori penyelenggaraan jalan sebelum terbabas ke dalam gaung. Bagaimanapun, katanya, kesemua 24 penumpang bas itu selamat, namun pemandu dan seorang daripada dua kelindan bas mengalami kecederaan. “Kemalangan itu juga menyebabkan seorang pekerja yang berada di atas lori penyelanggaraan jalan itu cedera. “Dua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital terdekat oleh orang awam, sementara seorang lagi mangsa telah dihantar ke Hospital Slim River menggunakan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bomba untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.  -----...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

Image
[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160373/ KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini pada 3 Ogos 2022 jam 13:00. Insiden sekitar pukul 1 petang itu menyebabkan kesesakan trafik lebih tiga kilometer apabila laluan ke selatan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, laluan ke selatan terpaksa ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan mengalihkan kenderaan dijalankan. Katanya, semua kenderaan arah selatan dilencongkan keluar di Plaza Tol Kuala Kangsar melalui Sungai Siput untuk ke Ipoh. “Keadaan lori kontena yang melintang jalan menyebabkan laluan arah selatan terpaksa ditutup sepenuhnya bagi kerja-kerja pengalihan. “Anggota polis ditempatkan di lokasi kejadian bagi memb...