
[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara - Azalina BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1 Laporan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009, telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman berkata SPRM, memaklumkan perkara itu kepada beliau menerusi surat bertarikh 21 Feb 2023. Bagaimanapun katanya, tiada maklumat lanjut mengenai perkara tersebut, dimaklumkan dalam surat itu. Beliau berkata perkara itu tertakluk kepada keputusan Ketua Hakim Negara selaras dengan Fasal-Fasal 3 dan 3A Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan dan di bawah Fasal 3 Perkara 145, Peguam Negara atau Pendakwa Raya mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan apa-apa prosiding bagi kes...