Posts

Showing posts with the label Kanak-kanak

1 Daripada 6 kanak-kanak alami masalah kesihatan mental: Media sosial jadi faktor utama

Image
Kajian tempatan mendedahkan 1 dalam 6 kanak-kanak mengalami isu kesihatan mental, dengan kadar ini meningkat dua kali ganda berbanding 2019. Menurut Laporan Teknikal Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2023 (Penyakit Tidak Berjangkit dan Keperluan Perubatan) , kanak-kanak di bandar menunjukkan kadar masalah kesihatan mental yang lebih tinggi berbanding di luar bandar. Kanak-kanak Perempuan Lebih Terkesan Kajian oleh Institut Kesihatan Awam (IKU) yang dikeluarkan pada 2024 menyenaraikan isu psikologi utama dalam kalangan kanak-kanak sebagai: Masalah hubungan dengan rakan sebaya Gangguan tingkah laku Gangguan emosi Data dikumpul melalui modul penilaian kesihatan mental yang diisi oleh ibu bapa/penjaga 2,400 kanak-kanak berumur 5-15 tahun. Dr. Hilwa Yusof, Pakar Psikologi Klinikal dan Pensyarah Kanan di Pusat Penyelidikan Psikologi & Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia, menyatakan melalui Bernama: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemi COVID-19 mer...

Kanak-kanak California lumpuh tercekik gula gummy

Image
Kejadian tercekik gula-gula gummy pernah dilaporkan media antarabangsa sebelum ini, membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun sehingga menyebabkan dia kelumpuhan. Menerusi laporan Newsweek, kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Amelie Paredes Sotelo telah tercekik gula-gula gummy pada 13 Disember 2022. Amelie dilaporkan telah makan salah satu daripada gula-gula gummy itu dan sebaik ibu bapanya menyedari dia tercekik, mereka cuba mencungkil keluar daripada kerongkongnya namun tidak berjaya. Kanak-kanak itu dibawa ke hospital dan kakitangan perubatan menggunakan kaedah sedutan bagi membersihkan sumbatan. Bagaimanapun, mangsa menderita akibat hipoksia kerana kekurangan oksigen yang berpanjangan. Susulan itu, keluarga mangsa mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat gula-gula gummy jenama Candy Land berkenaan. Pada November 2022, turut dilaporkan seorang kanak-kanak Thailand nyaris maut apabila dia tercekik ‘eyeball jelly’ dan kejadian itu dirakam menerusi telev...

Bahaya gluten dalam tepung gandum dan kesan jangka panjang kepada kanak-kanak

Image
Gluten adalah sejenis protein yang ditemui dalam gandum, rai, dan barli. Bagi sesetengah orang, gluten boleh menyebabkan masalah kesihatan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai penyakit seliak atau sensitiviti gluten. Bahaya Gluten pada Kanak-kanak Penyakit seliak adalah penyakit autoimun di mana pengambilan gluten mencetuskan kerosakan pada usus kecil. Pada kanak-kanak, penyakit seliak boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, antaranya: Gangguan pencernaan: Cirit-birit, kembung perut, sakit perut, dan susah buang air besar. Malnutrisi: Kerosakan pada usus kecil boleh menghalang penyerapan nutrisi penting, menyebabkan kekurangan zat. Gangguan pertumbuhan: Kanak-kanak dengan penyakit seliak mungkin mengalami kelewatan pertumbuhan dan perkembangan. Masalah kulit: Ruam dan gatal-gatal pada kulit. Masalah psikologi: Cepat marah, kemurungan, dan gangguan kecemasan. Selain penyakit seliak, sesetengah kanak-kanak juga mungkin mengalami sensitiviti gluten bukan seliak. Keadaan ini boleh...

Bahaya gula kepada kanak-kanak

Image
Pengambilan gula berlebihan, terutamanya  gula tambahan  dalam makanan dan minuman proses, boleh memberi kesan serius kepada kesihatan kanak-kanak. Badan dan sistem metabolisme kanak-kanak yang sedang membesar lebih sensitif kepada kesan negatif gula. Berikut penjelasan terperinci: 1. Risiko Utama Gula Berlebihan pada Kanak-Kanak A. Obesiti Kanak-Kanak Gula berlebihan meningkatkan kalori kosong, menyumbang kepada pertambahan berat badan yang tidak sihat. Obesiti meningkatkan risiko  diabetes jenis 2 , penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi sejak usia muda. B. Kerosakan Gigi (Karies) Gula adalah makanan utama bakteria dalam mulut, yang menghasilkan asid merosakkan enamel gigi. Kanak-kanak yang kerap makan gula-gula atau minum susu formula manis (sebelum tidur) lebih berisiko mengalami kaviti. C. Ketagihan Makanan Manis Gula merangsang otak melepaskan dopamin, menyebabkan kanak-kanak ketagih makanan manis dan menolak makanan berkhasiat. Tabiat ini boleh berterusan hingg...

[VIDEO] Remaja lelaki ditahan cabul kanak-kanak perempuan di masjid Batang Kali

Image
Polis menahan seorang remaja lelaki kerana disyaki mencabul kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor, yang rakaman video kejadian tular di media sosial hari ini 21 Februari 2025. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata pihaknya menerima laporan berkaitan video yang tular di media sosial pada 8.19 pagi tadi. “Susulan itu, lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap kanak-Kanak 2017, dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu esok untuk permohonan reman,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian menghubungi balai polis terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60651021. Sementara itu, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah menerusi kenyataan media menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai biadap dan tidak boleh diterima umat Islam, dan seola...

Peraturan Haji 2025: Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan, keutamaan untuk jemaah kali pertama

Image
Arab Saudi telah mengumumkan perubahan signifikan bagi ibadah Haji 2025, termasuk peraturan baharu yang melarang kanak-kanak daripada mengiringi jemaah haji. Kementerian Haji dan Umrah menyatakan bahawa keputusan itu dibuat untuk melindungi kanak-kanak daripada bahaya kesesakan semasa ibadah haji, yang menyaksikan jutaan jemaah berkumpul setiap tahun. Kementerian menekankan bahawa sekatan itu bertujuan untuk melindungi kanak-kanak kecil daripada potensi risiko yang berkaitan dengan pengurusan orang ramai dalam situasi berbahaya. Langkah itu juga bertujuan untuk menjadikan pengalaman ibadah haji lebih lancar bagi semua peserta. Keutamaan bagi Jemaah Haji Kali Pertama Jemaah haji kali pertama akan diberi keutamaan bagi ibadah Haji 2025. Pihak berkuasa Arab Saudi berkata langkah ini bertujuan untuk memberi peluang kepada lebih ramai umat Islam untuk menunaikan ibadah suci itu sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka. Warga Arab Saudi dan penduduk kini boleh memohon musim Haji 2025 me...

‘Bomoh’ muda mengaku salah lakukan amang seksual

Image
CHUKAI, TERENGGANU -- Seorang ‘bomoh’ muda mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.   Muhammad Adiq Alqbab Zanuddin,20, membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd. Berdasarkan pertuduhan pertama, Muhammad Adiq Alqbab didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan kesalahan itu terhadap kanak-kanak berkenaan di sebuah rumah di Bandar Seri Bandi dekat sini kira-kira 1 pagi pada 31 Jan lepas. Dia boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.  Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa di bawah Seksyen 14(d) akta yang sama kerana melakukan perbuatan itu terhadap mangsa pada pertengahan Januari lepas di lokasi dan masa yang sama. Hakim Wan Suhaila membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dan men...

🎦 WHO meminta China memberikan butiran lanjut mengenai wabak radang paru-paru melibatkan kanak-kanak

Image
🎦 WHO meminta China memberikan butiran lanjut mengenai wabak radang paru-paru melibatkan kanak-kanak BACA di: https://pakdin.my/173753/ Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meminta Beijing untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai wabak radang paru-paru misteri di utara China yang nampaknya kebanyakannya memberi kesan kepada kanak-kanak. WHO membuat "permintaan rasmi untuk maklumat terperinci mengenai peningkatan penyakit pernafasan dan melaporkan kelompok radang paru-paru pada kanak-kanak," kata agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam satu kenyataan pada hari Rabu. China telah mengalami peningkatan dalam kes penyakit seperti influenza berbanding tempoh yang sama dalam tiga tahun sebelumnya apabila langkah ketat berkuat kuasa sebagai sebahagian daripada strategi sifar COVID. Dasar itu telah ditinggalkan secara tiba-tiba pada Disember 2022. WHO menyatakan bahawa Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China memberitahu sidang akhbar awal bulan ini bahawa terdapa...

[VIDEO] Ibu kandung & ‘tomboy’ mengaku tak bersalah aniaya kanak-kanak

Image
[VIDEO] Ibu kandung & ‘tomboy’ mengaku tak bersalah aniaya kanak-kanak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166696 JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal bersama rakan serumahnya yang juga wanita berperwatakan lelaki, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak kandungnya, sejak bulan lalu. Tertuduh, Nurul Asyiqin Mohamad Zahir, 27, dan rakannya, Awiin Chua, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Fatimah Zahari. Kedua-dua tertuduh yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 8.40 pagi diiringi anggota polis, dilihat sentiasa mengalirkan air mata sehingga prosiding selesai. Turut hadir ke mahkamah dan berada di galeri awam adalah abang kepada Nurul Asyiqin dan abang kepada Awiin yang datang dari Singapura. Bagi pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat bersama menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang di bawah ...

[VIDEO] Mayat dipercayai kanak-kanak hilang di Sungai Bernam ditemukan

Image
[VIDEO] Mayat dipercayai kanak-kanak hilang di Sungai Bernam ditemukan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165679 TANJUNG MALIM, 6 Jun (Bernama) - - Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai kanak-kanak berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Bernam berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Sabtu lepas, ditemukan tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata mayat itu ditemukan dalam keadaan terapung oleh seekor anjing pengesan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR). “Kira-kira pukul 12.35 tengah hari satu mayat telah ditemui dengan bantuan anjing pengesan bernama Lady jenis Labrador. Mayat ditemui berpakaian lengkap. “Hari ni pasukan penyelamat menumpukan teknik carian di permukaan air dan kita telah menemui mayat dengan jarak kira-kira 7.3 kilometer dari lokasi kejadian, manakala mangsa ditemui tersangkut dekat pokok di dalam air,“ katanya ketika ditemui di sini hari ini. Katanya mayat itu telah dibawa ke Hospital Slim River...

[VIDEO] Pembunuhan beramai-ramai di Thailand: 23 kanak-kanak maut dalam serangan di Taska

Image
[VIDEO] Pembunuhan beramai-ramai di Thailand: 23 kanak-kanak maut dalam serangan di Taska BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160921/ Angka kematian mangsa yang terkorban dalam kejadian serangan di sebuah taska di timur laut Thailand meningkat kepada 37 orang, sekali gus mencatat sejarah sebagai tragedi pembunuhan kanak-kanak secara beramai-ramai terburuk di dunia. Dalam kejadian tragis yang menyayat hati itu, 24 daripada mangsa yang terbunuh ialah kanak-kanak taska berkenaan dari dua hingga lima tahun yang ketika kejadian sedang lena tidur. Kesemua mangsa dibunuh oleh seorang lelaki bersenjatakan pistol dan pisau dalam kejadian pada Khamis (6 Okt), sebelum suspek kemudian pulang ke rumahnya lalu membunuh isteri dan anaknya, dan akhirnya membunuh diri, lapor Wionews.  Kolonel polis, Jakkapat Vijitraithaya dalam kenyataannya berkata, suspek dikenal pasti sebagai Panya Khamrab, bekas seorang leftenan kolonel polis yang telah dipecat pada tahun lalu sabit kesalahan mengambil dadah. ...

Enam kanak-kanak dikejarkan ke hospital selepas jambatan runtuh di Selatan Thailand

Image
Enam kanak-kanak dikejarkan ke hospital selepas jambatan runtuh di Selatan Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160552/ Semalam merupakan hari yang menakutkan bagi sekumpulan 50 murid darjah lima dan guru-guru dalam lawatan melihat alam semula jadi di Selatan Thailand. Ketika kumpulan itu berjalan melintasi sebuah jambatan di daerah Chian Yai di wilayah Nakhon Si Thammarat, jambatan itu runtuh, menyebabkan semua orang terjatuh ke dalam air. Enam kanak-kanak dikejarkan ke hospital berhampiran kerana mengalami kecederaan. Institusi Perubatan Kecemasan Kebangsaan telah dimaklumkan mengenai kejadian itu, dan unit operasi kecemasan peringkat tinggi bergegas ke tempat kejadian. Terdapat beberapa jambatan runtuh di seluruh Thailand tahun ini, sebahagian daripadanya telah telah mengorbankan nyawa. Awal bulan ini, jambatan pusingan U di atas Jalan Rama II menghala ke Bangkok runtuh, jatuh ke atas empat kenderaan dan mengorbankan dua orang. Seorang penumpang maut di tempat kejadian dan...

Kanak-kanak berusia 3 tahun di Wilayah Patani, Thailand dilaporkan dibawa ke hospital selepas makan brownies ganja

Image
Kanak-kanak berusia 3 tahun di Wilayah Patani, Thailand dilaporkan dibawa ke hospital selepas makan brownies ganja BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160522/ Siaran Facebook mendakwa bahawa seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di wilayah Pattani, Selatan Thailand dibawa ke hospital selepas dipercayai memakan brownies ganja. Hantaran itu bertajuk siaran "Kisah seorang kawan" Dia mendakwa guru kepada kanak-kanak perempuan itu menyedari bahawa dia menggigil dan tidak dapat berjalan kemudian dia tertidur. Apabila kanak-kanak itu bangun, dia tidak boleh bercakap. Guru kemudian memanggil ibu bapa gadis itu. Bapa kanak-kanak itu menjemputnya dan membawanya ke hospital, di mana dia mengadu mengantuk dan lapar. Seorang doktor meminta gadis itu melakukan tugas fizikal seperti mengangkat tangan dan mengangkat kaki. Gadis itu boleh melakukan tugas, tetapi perlahan-lahan. Seorang ahli keluarga kemudian memberitahu keluarga bahawa gadis itu telah makan brownies dicampur dengan ganja. Tid...

[Video] OKU culik kanak-kanak direman 4 hari

Image
[Video] OKU culik kanak-kanak direman 4 hari.    Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158426      JOHOR BAHRU – Lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang ditahan polis kerana cubaan menculik seorang kanak-kanak semalam dikenakan perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Johor Bahru, Nurkhalida Farhana Abu Bakar bermula 12 hingga 15 Mei ini. Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap sambil diiringi polis tiba di pekarangan Mahkamah Johor Bahru pada pukul 9.13 pagi. Semalam (11 Mei 2022), Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, lelaki OKU berusia 20-an itu ditahan orang awam di sebuah restoran makanan segera di Taman Kota Masai, Pasir Gudang pada pukul 11.30 pagi, semalam. Menurut beliau, suspek yang merupakan pemegang kad OKU pesakit mental itu turut positif dadah jenis methaphetamine melalui ujian saringan air kencing yang dijalankan. “Murid lelaki berusia 7 tahun itu diculik...

UK syor kanak-kanak 12 tahun ke bawah tak perlu divaksin

Image
UK syor kanak-kanak 12 tahun ke bawah tak perlu divaksin [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154577 ] LONDON: Seorang saintis di United Kingdom (UK) mendakwa pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak yang sihat adalah sia-sia sahaja kerana sebahagian besar golongan itu dijangkiti varian Omicron ringan dan sudah pulih. Lapor Daily Mail, Panel Penasihat Program Vaksinasi Britain dijangka membuat pengumuman mengenai pemberian vaksin untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pada minggu ini. Ketika ini, hanya kanak-kanak dalam kumpulan umur itu yang secara klinikal terdedah kepada virus atau tinggal bersama ahli keluarga, ditawarkan suntikan vaksin Covid-19 di Britain. Menurut pakar penyakit berjangkit dari Universiti East Anglia, Prof. Paul Hunter, langkah menawarkan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak 5 hingga 11 tahun dilihat tidak membawa perbezaan yang ketara. Kenyataan beliau disokong oleh satu laporan dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Britain yang menganggarkan hampir tiga p...

Ditinggal sendirian, kanak-kanak maut jatuh tingkat 10

Image
  Ditinggal sendirian, kanak-kanak maut jatuh tingkat 10 [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154548 ] Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lima hingga enam tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 10 kuarters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras hari ini. Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut. Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa berseorangan di rumah dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira 8.20 pagi tadi. “Usaha menyelamatkan mangsa dijalankan pada 9.45 pagi, namun mangsa disahkan meninggal dunia di HCTM,” katanya dalam kenyataan. Zaid berkata, kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 atas kesalahan pengabaian. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Mohd Faeez Norzah di talian 013 2773407. Beliau menasihatkan ibu bapa dan penj...