Posts

Showing posts with the label Ahli Perniagaan

SPRM Kedah tahan ahli perniagaan minta, terima rasuah RM400,000

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang ahli perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM400,000 daripada seorang lelaki sebagai balasan mendapatkan hak penggunaan tanah milik anak syarikat kerajaan negeri. Sumber SPRM memaklumkan perintah reman selama lima hari bermula hari ini terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi ini. Beliau berkata suspek ditahan di Pejabat SPRM Kedah sekitar 3.25 petang semalam ketika hadir memberi keterangan. “Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai meminta wang rasuah terbabit sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah bagi satu projek usahasama dan suspek dipercayai melakukan kesalahan berkenaan sekitar Jun 2020,” katanya. Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan kes disiasat di ...

Bekas ahli perniagaan maut ditembak 3 das lepas main mahjung

Image
Bekas ahli perniagaan maut ditembak 3 das lepas main mahjung Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159585 Selesai bermain mahjung, lelaki berusia 63 tahun itu telah keluar dari rumah terbabit dan berjalan kaki menuju ke kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire miliknya. Tidak berapa lama kemudian, saksi telah terdengar bunyi tiga das tembakan dari arah tempat letak kereta. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. KUALA LUMPUR - Seorang bekas ahli perniagaan mati ditembak dengan tiga das tembakan selepas pulang bermain mahjung di rumah rakannya di kawasan perumahan elit di Jalan Desa Kiara 1 di sini awal pagi Selasa (12/7/2022). Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima panggilan melaporkan berkenaan kejadian itu pada jam 12.09 tengah malam. Menurutnya, selesai bermain mahjung, lelaki berusia 63 tahun itu telah keluar dari rumah terbabit dan berjalan kaki menuju ke kenderaan pelbagai ...