Serangan bom di Sungai Golok bertujuan cetus kekacauan - Timbalan Datuk Bandar

Serangan ke atas pos kawalan pasukan keselamatan di Pejabat Daerah Sungai Golok, di Wilayah Narathiwat, semalam dipercayai bertujuan mencetuskan kekacauan di selatan Thailand. Timbalan Datuk Bandar Sungai Golok Apichet Jeh-Ouma berkata kumpulan penyerang yang berpakaian serba hitam dan bertutup muka menaiki dua kenderaan sebelum melepaskan tembakan bertubi-tubi serta melemparkan bom ke arah pos kawalan. “Serangan itu menyebabkan seorang anggota keselamatan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. “Setakat ini, 12 individu lain turut cedera, termasuk empat yang parah dan kini menjalani rawatan di Hospital Sungai Golok,” katanya ketika dihubungi hari ini. Apichet berkata tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut namun dipercayai ia bertujuan untuk mencetuskan ketegangan di pekan yang bersempadan dengan Malaysia itu. Beliau berkata dua anggota sukarelawan keselamatan yang terkorba...