Posts

Showing posts with the label AMLA

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Image
 Seorang ahli perniagaan yang mencederakan dua pengawal peribadi kerana berpuasa pada 2021, dijatuhkan hukuman penjara enam tahun 10 bulan dan didenda RM22,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga kesalahan iaitu ugutan, mencederakan mangsa serta mengeluarkan perkataan dengan niat sengaja melukakan perasaan mereka. Majistret Siti Zubaidah Mahat turut memerintahkan Chung Chee Yang, 47, dipenjara 21 bulan sekiranya gagal melunaskan denda. Siti Zubaidah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili Chung gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap kesemua pertuduhan pindaan. “Bagi kes mengugut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, tertuduh dihukum penjara lima tahun dan denda RM10,000, manakala kes kedua iaitu mengeluarkan perkataan-perkataan melukakan agama Islam di bawah Seksyen 298 kanun sama, dipenjara setahun serta denda RM10,000. “Bagi kes sengaja menyebabkan kecederaan ke atas pengawal peribadi mengikut Seksyen 323 ka...

Nasib majikan pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa diketahui Jumaat ini

Image
Nasib seorang ahli perniagaan yang dituduh memukul dan menghina dua pengawal peribadinya kerana berpuasa akan diketahui di Mahkamah Majistret di sini, Jumaat ini. Berdasarkan sistem e-filing (EFS), prosiding keputusan itu akan didengar di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat pada pukul 9 pagi. -Advertisement- Chung yang merupakan majikan kepada dua pengawal peribadi tersebut mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan dihadapinya. Ini termasuk dua pertuduhan telah bersubahat dengan pembantu peribadinya dengan mengarahkannya untuk sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Ahmad Shamsuri Zailani, 31, dan Mohd. Azminizam Zulkepli, 48, dengan menggunakan senjata iaitu sebatang rotan. Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman tersebut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan ( KK ). Chee Yang yang terlibat dalam beberapa pelaburan termasuk hartanah itu juga dituduh menakutkan secara jenayah terhadap Mohd. Azminizam mengguna...

SPRM tahan empat pegawai ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri

Image
PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri. Sumber terdekat SPRM berkata, selain itu, pihaknya telah mendapatkan perintah reman ke atas semua suspek di Mahkamah Putrajaya. Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha kepada suspek selama lima hari bermula Jumaat untuk tiga individu, manakala seorang lagi diberi reman selama tiga hari dan dilepaskan hari ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16a, meminta/menerima rasuah. “Kami memohon agar pihak SPRM diberikan ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi,” katanya ringkas. Seksyen 16 dan 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 Akta SPRM 2009 (Akta 694) adalah undang-undang yang digubal untuk memperkukuh usaha memerangi rasuah di Malaysia. Berikut adalah ringkasan mengenai Seksyen 16 dan 17(a) A...

Bekas pegawai kanan KBS didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang

Image
Bekas pegawai kanan KBS didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang BACA seterusnya: https://pakdin.my/166358 Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Otman Arsahd hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu serta 64 tuduhan pengubahan wang haram, sejak 2012. Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Otman, 64, di akhir kes pembelaan. Pada 31 Mac 2016, Otman didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta di Pejabat Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil di sini antara 28 Feb 2012 hingga 18 Nov 2015. Bagi 17 kesalahan membabitkan tuntutan palsu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, manakala 15 lagi pertuduhan salah guna...

Akaun bank lebih RM39 juta dibeku untuk siasatan seleweng dana negara

Image
Akaun bank lebih RM39 juta dibeku untuk siasatan seleweng dana negara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165783 Akaun bank berjumlah lebih RM39 juta termasuk milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri'  dan ahli keluarga mereka telah dibekukan, susulan siasatan penyelewengan dana negara berjumlah anggaran RM2.3 bilion. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembekuan itu melibatkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu. Menurut kenyataan SPRM itu, suruhanjaya tersebut turut merakamkan kenyataan dua individu bergelar Tan Sri itu, selain membuat penggeledahan di kediaman serta premis berkaitan, melibatkan bekas menteri kanan dan ahli perniagaan pada Rabu lepas (7 Jun 2023). VIDEO berkaitan: “Kesemua mereka telah diserahkan notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2...

SPRM siasat bekas menteri kanan, tokoh perniagaan seleweng RM2.3 bilion dana negara

Image
SPRM siasat bekas menteri kanan, tokoh perniagaan seleweng RM2.3 bilion dana negara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165059 Seorang bekas menteri kanan dan seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana negara bernilai lebih RM 2.3 bilion. Menurut sumber, siasatan itu dijalankan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Sumber berkenaan berkata siasatan itu adalah kesinambungan dan lanjutan daripada pendedahan dokumen-dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi-transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir. “Tumpuan siasatan adalah berhubung dengan pembelian dan pemilikan saham di sebuah syarikat tersenarai oleh sebuah syarikat gergasi negara yang dikatakan didalangi oleh be...

SPRM beku aset, akaun bank bekas CEO Astro

Image
SPRM beku aset, akaun bank bekas CEO Astro - pakdin.my/155308 - Aset dan akaun bank milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ia berikutan siasatan oleh agensi berkenaan selepas bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner mendakwa diperas ugut dalam pembelian sebuah rumah di London menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sumber SPRM memaklumkan perintah pembekuan dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA 2001). "Perintah pembekuan itu sekali gus melarang Rohana daripada melakukan sebarang transaksi membabitkan rumah dan akaun bank miliknya di United Kingdom (UK). "Tindakan itu selepas SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan Leissner yang mendakwa diugut untuk membelikan sebuah rumah bernilai AS$10 juta (RM42 juta) di London," kata sumber SPRM. Terdahulu, media melaporkan SPRM mengambil keter...

Skandal 1MDB: SPRM serah kertas siasatan terhadap Zeti, Nor Mohamad Yakcop kepada Peguam Negara

Image
Skandal 1MDB: SPRM serah kertas siasatan terhadap Zeti, Nor Mohamad Yakcop kepada Peguam Negara [Sumber: https://pakdin.my/?p=154132 ] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan kertas siasatannya mengenai hubung kait bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan 1MDB kepada Jabatan Peguam Negara. Memetik laporan portal tersebut, dimaklumkan kertas siasatan SPRM itu menyusul siasatan polis ke atas keluarga Zeti sebelum ini berhubung dana yang dikaitkan kepada ahli perniagaan yang diburu polis Low Taek Jho atau Jho Low. Hasil siasatan Bukit Aman itu diserahkan kepada Peguam Negara bulan lalu. Sumber memberitahu FMT, kertas siasatan SPRM terhadap bekas Menteri Kewangan ll Nor Mohamad Yakcop mengenai isu sama, juga akan di hantar ke pejabat Peguam Negara. “(Semua) siasatan terhadap perkara ini akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk diserahkan kepada PDRM kerana PDRM telah menjalankan siasatan terhadap suami Zeti (Tawfiq Ayman),” kata sumber itu. Menurut sum...