Posts

Showing posts with the label Bersara

Tengku Maimun bersara Jun ini, Abang Iskandar dijangka jadi Ketua Hakim Negara baharu

Image
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dijangka bersara pada Jun tahun ini, dengan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dilihat sebagai pengganti utama untuk mengisi jawatan tertinggi kehakiman itu. Menurut sumber, Abang Iskandar yang kini memegang jawatan kedua tertinggi dalam hierarki kehakiman negara berkemungkinan menjadi Ketua Hakim Negara pertama dari Sarawak jika pelantikan tersebut dilaksanakan. "Pelantikan ini dilihat strategik memandangkan tiada individu lain dari Sarawak yang layak menduduki jawatan kehakiman tertinggi dalam tempoh terdekat," menurut sumber tersebut. Abang Iskandar akan mencapai umur persaraan wajib 66 tahun pada 1 Julai ini, namun dijangka mendapat perlanjutan tempoh perkhidmatan selama enam bulan di bawah budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hakim-hakim kanan perlu bersara pada usia 66 tahun, tetapi Seri Paduka Baginda berkuasa melanjutkan tempoh perkhidmatan ...

[Video] Lim Kit Siang bersara, tidak bertanding PRU-15

Image
[Video] Lim Kit Siang bersara, tidak bertanding PRU-15 Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157346 - Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Kit Siang, 81, yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata demikian ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 di IDCC Shah Alam, hari ini. Ahli politik berpengalaman itu turut mengumumkan persaraan dalam bidang politik dan tidak akan bertanding bagi pemilihan parti itu kali ini. Beliau berkhidmat dalam DAP dan terbabit sepenuhnya dalam politik selama 56 tahun. "Saya mengambil peluang ini untuk mengumumkan persaraan saya daripada politik. "Saya menarik diri daripada bertanding pilihan JTP (jawatankuasa pemilihan) hari ini. Sila padamkan nombor 39 daripada senarai calon JTP anda. "Saya juga tidak akan bertanding pada pilihan raya Parlimen atau negeri pada masa hadapan. "Saya telah berada dalam parti selama 56 tahun. Dua hari lalu adalah ulang tahun ke...