Posts

Showing posts with the label Palsu

Permintaan IC palsu meningkat, dijual sehingga RM5,000

Image
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan bahawa permintaan terhadap kad pengenalan (IC) palsu semakin meningkat dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI), dengan harga mencecah sehingga RM5,000 sekeping. Timbalan Menterinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, risikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati sindiket pemalsuan kad pengenalan menawarkan harga antara RM4,000 hingga RM5,000 bagi setiap dokumen palsu. “Terdapat penawaran kad pengenalan palsu dibuat dengan harga sekitar RM4,000 hingga RM5,000,” katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) di Dewan Rakyat, hari ini. Menurut beliau, permintaan tinggi terhadap IC palsu ini kebanyakannya datang daripada warga asing yang mahu mendapatkan pekerjaan atau menetap secara tidak sah di Malaysia. JPN, katanya, giat menjalankan pemantauan serta bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mem...

Didenda RM10,000 guna halal palsu pada buku menu

Image
  Didenda RM10,000 guna halal palsu pada buku menu [Sumber: https://pakdin.my/?p=154237 ] MELAKA - Pemilik kedai makan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis, selepas mengaku bersalah menggunakan perkataan halal tanpa perakuan daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada buku menu. Tertuduh, Joanne To Mei Ting, 30, yang ayu berbaju kurung coklat, membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan pertuduhan terhadapnya di hadapan Hakim Nariman Badruddin. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai pemilik tunggal Tipsier Bridge Cafe Waronk memperakui bahawa makanan di kafe itu adalah halal dengan ungkapan halal pada lapan buku menu tanpa diperakui sebagai halal oleh pihak berkuasa. Kesalahan itu didakwa dilakukan di premis perniagaan Tipsier Bridge Cafe Waronk di Kampung Pantai di sini, pada 6.30 petang, 5 Mac tahun lalu, mengikut perintah 8 (a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 a...