Posts

Showing posts with the label KDN

Rasuah permohonan pengesahan taraf warganegara: Dua pegawai KDN antara tiga yang ditahan SPRM

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) menahan dua pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan seorang individu, bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan urusan mempercepat permohonan pengesahan taraf warganegara (PTW), semalam. SPRM dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kesemua mereka berusia dalam lingkungan 50 hingga 65 tahun, ditahan menerusi operasi dijalankan antara 1 tengah hari hingga 5 petang, di Putrajaya. “Operasi ini, lanjutan daripada Op Outlander dijalankan SPRM baru-baru ini dan KDN memberikan kerjasama penuh dalam melaksanakan siasatan kes terbabit,” menurut kenyataan itu. Kenyataan juga memaklumkan rakaman keterangan tiga individu itu dilakukan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk siasatan lanjut. Pada 11 Mac, SPRM menahan 16 individu berusia antara 20 hingga 70-an kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu menerusi Op Outland...

[VIDEO] SPRM tahan bekas pegawai khas menteri minta sogokan lulus surat warganegara

Image
[VIDEO] SPRM tahan bekas pegawai khas menteri minta sogokan lulus surat warganegara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166483 PUTRAJAYA: Seorang bekas pegawai khas menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta rasuah RM25,000 sebagai dorongan untuk mendapatkan surat kelulusan bagi permohonan taraf kewarganegaraan. Sumber memberitahu, penjawat awam berusia 40-an itu yang berkhidmat dengan menteri pada 2019 ditahan kira-kira pukul 5 petang Selasa, di ibu pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan. Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan perintah tahanan reman selama tiga hari sehingga 14 Julai ini, di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi. Menurut sumber, suspek meminta wang sogokan daripada seorang lelaki tempatan yang membuat permohonan taraf kewarganegaraan untuk anak kandungnya. "Pada bulan Jun lalu, suspek telah menghubungi individu terlibat yang memohon taraf kewarganegaraan bagi anaknya sejak 2015. "Suspek me...