PRN tidak ganggu sistem penyampaian kerajaan - MB Johor

 


PRN tidak ganggu sistem penyampaian kerajaan - MB Johor

[Sumber: https://pakdin.my/?p=153570]

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad memberi jaminan bahawa sistem penyampaian kerajaan negeri tidak akan terganggu jika Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan di negeri ini.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata jentera kerajaan akan terus berfungsi sepanjang tempoh itu.

“Sekiranya kerajaan negeri memutuskan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri...visi kerajaan tidak akan terganggu.

“Program kerajaan (akan) dijalankan seperti dirancang serta apa sahaja yang dirancang di bawah Belanjawan Negeri 2022,” katanya dalam ucapan perasmian tapak ujian dron di Medini di sini hari ini.

Khabar angin mengenai PRN akan datang bertiup kencang berikutan kematian ADUN Kempas Datuk Osman Sapian baru-baru ini menjadikan kerajaan pimpinan UMNO hanya memiliki satu majoriti satu kerusi dalam DUN Johor.

Pada masa ini, Dewan Undangan Negeri Johor diterajui Barisan Nasional dengan 28 kerusi yang merangkumi UMNO (14 kerusi), MIC (dua), Bersatu (11) dan PAS (satu) manakala Pakatan Harapan memiliki 27 kerusi iaitu DAP (14), PKR (tujuh) dan Amanah (enam).

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP