Air mata nia Ramadhani berlinangan apabila dijatuhi hukuman penjara

 


Air mata nia Ramadhani berlinangan apabila dijatuhi hukuman penjara

[LINK: https://pakdin.my/?p=153369]

Pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani atau nama sebenarnya Ramadhania Ardiansyah Bakrie bersama suami, Ardie Bakrie dan pemandu mereka Zen Vivanto  dijatuhi hukuman penjara selama setahun atas penyalahgunaan dadah. 

Menurut laporan media tempatan, pelakon drama Bawang Merah Bawang Putih itu kelihatan menangis dan terdiam apabila hukuman dijatuhkan kepadanya oleh Ketua Hakim, Muhammad Damis di Pengadilan Negeri (PN) Jakarta Pusat. 

“Mengadili, menyatakan terdakwa Zen Vivanto, Nia Ramadhani dan Ardie Bakrie telah terbukti secara sah melakukan kesalahan,” kata Damis. Dalam pertimbangannya, hakim berkata ada tiga unsur yang memenuhi kes Nia. 

“Unsur setiap penyalah guna, unsur dadah dan unsur melakukan, menyuruh melakukan atau turut serta melakukan,” jelas Damis. 

Sebelum ini Jaksa Penuntut Umum (JPU) Indonesia menuntut terdakwa Nia Ramadhani, Ardi Bakrie dan Zen Vivanto untuk menjalani rehabilitasi di RSKO Cibubur, Jakarta selama 12 bulan. Namun begitu, mereka hanya sempat jalani rehabilitasi selama lima bulan di pusat pemulihan, Fan Campus, Cisarua, Jawa Barat. 

Untuk info, pemandu Nia, Zen Vivanto telah ditahan polis selepas dia didapati mempunyai dadah jenis syabu seberat 0.78 gram pada pertengahan tahun lalu. 

Dengan penangkapan Zen, polis kemudiannya menahan Nia semasa dia didakwa terlibat dalam aktiviti menggunakan syabu. Suami Nia menyerah diri di balai polis pada hari yang sama. 

Sumber: Kompas & Astro Awani Kredit foto: KapanLagi & Detik


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL