Drama ‘The Silent Sea’ Dapat Rating 100%
The Silent Sea
[LINK: https://pakdin.my/?p=153323]
Sebuah drama Korea terbaru di Netflix berjudul The Silent Sea mungkin akan menjadi drama paling hebat di dalam aplikasi perkhidmatan penstriman itu apabila drama itu memenangi hati para pengkritik.
Baru sahaja ditayangkan di Netflix selama lebih kurang dua minggu, drama itu sudah memperoleh skor 100% di laman web Rotten Tomatoes.
Rotten Tomatoes merupakan laman web yang mengumpulkan ulasan filem dan drama daripada pengkritik yang menerbitkan ulasan mereka.
Drama yang bertemakan sains fiksyen ini mula ditayangkan pada 24 Disember tahun lalu dan ia mengisahkan tentang misi 24 jam di bulan untuk mendapatkan air setelah bumi terputus bekalan air akibat penyakit misteri.
Netflix menggambarkan rancangan itu sebagai kisah yang berlaku pada masa depan di mana bumi telah mengalami kemarau teruk.
Angkasawan yang menjadi karakter utama cerita ini dihantar dalam misi khas ke bulan. Di sana, mereka telah ditugaskan untuk mendapatkan sampel misteri dari kemudahan penyelidikan yang terbengkalai.
They’re on a mission to save Earth — but who will save them?
Doona Bae and Gong Yoo star in the sci-fi thriller The Silent Sea. Now on Netflix pic.twitter.com/eBZrpxFJ4S
— Netflix (@netflix) January 5, 2022
The Silent Sea diadaptasi dari sebuah filem pendek yang diarahkan oleh Choi Hang-Yong pada tahun 2014 di mana Choi juga mengarahkan drama ini bersama penerbit eksekutif, Jung Woo Sung.
Drama thriller ini dibintangi pelakon hebat seperti Gong Yoo, Bae Doona, Lee Joon dan Heo Sung Tae.
Drama ini mempunyai hanya lapan episode pada musim yang pertama dan Netflix telah mengesahkan musim yang kedua sedang dalam perancangan untuk penggambaran.
Selain The Silent Sea, Bojack Horseman musim yang ketiga dan Fleabag juga pernah mendapat skor 100 peratus di Rotten Tomatoes.
Sumber: BGR
Kredit foto: Netflix
Comments
Post a Comment