Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam
KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen Padang Rengas ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang bermula 1 September 2016. Presiden KTMB, Datuk Sarbini Tijan berkata perkhidmatan itu yang telah bermula 2 September lepas bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai dengan menawarkan 22 perkhidmatan pergi dan balik setiap hari. "Kekerapan perkhidmatan tren adalah setiap 60 minit untuk waktu puncak iaitu di antara 5.30 pagi hingga 9 pagi dan 6 petang hingga 8 malam," katanya ketika berucap pada majlis perasmian perkhidmatan komuter utara itu yang disempurnakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Beliau berkata sebelum ini pihaknya telah menawarkan tambang yang berpatutan dari stesen Taiping-Kamunting dengan RM1 bagi dewasa dan tambang maksimum bagi dewasa bernilai RM17.20 dari stesen Padan
Comments
Post a Comment