Posts

Jenazah 6 mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan

Image
SEMPORNA -- Jenazah lima sekeluarga daripada enam yang maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di KM37 Jalan Semporna-Tawau di sini semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Jalan Balai Polis di sini, malam ini. Pengebumian jenazah Asbira Ladjahani, 82, Jaimah Jailani, 30, Mohamad Nabil Kanol, 14, Nur Inara Aida Nur Hakim, 4, dan Nur Aiman Nur Hakim, 6 bulan, selesai pada kira-kira 10.30 malam. Jenazah seorang lagi mangsa lelaki dikenali sebagai Oyong,18, yang juga rakan kepada keluarga itu dikebumikan dalam satu lagi liang lahad di tanah perkuburan sama. Suasana pilu berserta hujan renyai mengiringi lebih 100 ahli keluarga serta kenalan yang hadir untuk penghormatan terakhir dan membantu mengurus pengebumian tersebut.  Terdahulu, keenam-enam jenazah dimandikan dan dikafankan selepas selesai bedah siasat di Unit Forensik, Hospital Tawau. Sementara itu, Kanol Asan, 43, bapa kepada Allahyarham Mohamad Nabil, berkata kemalangan tersebut berlaku k...

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

Image
 SIBU -- Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin tiada sebarang masalah akan timbul yang boleh menggugat keutuhan parti ketika peralihan kuasa suatu hari nanti. Beliau berkata peralihan kepimpinan dari Tun Abdul Taib Mahmud kepada Tun Adenan Satem dan seterusnya kepada beliau, telah berlaku tanpa sebarang masalah. “Pada usia yang mencecah 74 tahun, akan sampai masanya tempat saya digantikan orang lain. “Apakah selepas saya akan ada masalah?” katanya ketika berucap pada perasmian Persidangan Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Tengah di Stadium Tertutup Sibu hari ini. Persoalan beliau itu disambut dengan jawapan ‘Tidak’ oleh lebih 2,700 perwakilan yang hadir ke persidangan tersebut. Premier Sarawak itu berkata setiap barisan parti termasuk sayap Wanita dan Pemudanya perlu berpandangan jauh supaya parti terus berjuang untuk masa depan rakyat. “Dalam melihat kejayaan kita, kita lihat jugalah masa depan. Oleh sebab itu kita t...

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

Image
SIBU  -- Seramai 28 orang termasuk pemandu berdepan detik cemas apabila bas ekspres dinaiki mereka, dalam perjalanan dari Kapit menuju ke Sibu, terbalik akibat kemalangan kendiri di Simpang Pangkalan Majau, Jalan Kapit/Song, dekat Kanowit, petang tadi. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Andy Alie berkata 12 lelaki dan enam wanita yang mengalami cedera ringan telah menerima rawatan di Hospital Kanowit. Beliau berkata sebaik menerima panggilan kecemasan pada 2.18 petang, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit serta sebuah jentera digerakkan ke lokasi. “Setiba di lokasi didapati sebuah bas mengalami kemalangan kendiri...tiada mangsa yang tersepit di dalam ruang penumpang bas tersebut,” katanya. Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis.

Casemiro setuju tinggalkan Old Trafford

Image
 LONDON – Pemain tengah Manchester United, Casemiro dilaporkan bersedia meninggalkan Old Trafford dan berpindah ke Al-Nassr pada jendela perpindahan bulan ini selepas kehilangan tempat dalam kesebelasan utama di bawah pengurusan Ruben Amorim. The Red Devils yang kini bergelut dengan kekangan bajet perpindahan terpaksa bergantung kepada hasil penjualan pemain untuk membiayai pembelian baharu dan kemungkinan terbuka menerima tawaran buat semua pemain termasuk Casemiro. Bintang veteran berusia 32 tahun itu semakin tersisih daripada skuad utama selepas Amorim memberi keutamaan kepada pemain muda seperti Kobbie Mainoo di posisi tengah kerana Casemiro dikatakan gagal memenuhi intensiti permainan yang dimahukan Amorim. Disebabkan itu, Al-Nassr dilaporkan berminat membawa Casemiro dengan Cristiano Ronaldo dikatakan memainkan peranan penting memujuk bekas rakan sepasukannya itu berhijrah ke Arab Saudi. Casemiro menyertai United pada 2022 dengan yuran perpindahan bernilai £70 juta (RM387.92 ...

Letupan bom berhampiran TK Park Pattani mencederakan pegawai polis termasuk pelancong Malaysia

Image
Seorang pelancong Malaysia bersama sembilan anggota polis dan sukarelawan keselamatan Thailand cedera selepas kumpulan pemisah meletupkan bom buatan sendiri disembunyikan di dalam motosikal yang diletakkan berhampiran sebuah balai polis di Mueng, wilayah Pattani hari ini 13 Januari 2024 Polis berkata, letupan berlaku pukul 8.20 pagi(waktu tempatan)  di taman Soi TK Park, sebelah balai polis Mueng Pattani. Menurut pihak berkuasa, bom itu diletupkan menggunakan peranti masa. Rakyat Malaysia yang cedera  itu mengalami kesakitan pada bahagian dada, berkemungkinan berpunca daripada impak letupan. Namun, mangsa tiada luka  luaran. Kebanyakan 10 mangsa itu mengalami cedera ringan seperti sakit dada dan telinga berdesing. Bagaimanapun, tiga sukarelawan pertahanan terbabit  mengalami luka akibat terkena serpihan Pasukan pemusnah bom dihantar ke lokasi kejadian susulan letupan tersebut. Polis menutup kawasan itu dan menyekat liputan telefon bimbit kerana bimbang pemisah meleta...

11 istilah merujuk kepada babi

Image
Bacon, lard dan ham antara 11 istilah biasa yang sering digunakan terutama pada kandungan produk serta merujuk kepada haiwan babi. Menurut Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pihak tersebut pernah menyenaraikan 11 istilah berkenaan pada hantaran Facebook bertarikh 27 Oktober 2016 untuk pengetahuan umat Islam di negara ini. “Pork merujuk kepada daging babi di dalam masakan, swine (untuk keseluruhan spesies babi), hog (babi dewasa berat melebihi 50 kg), boar (babi hutan/liar) dan lard (lemak babi untuk membuat minyak, sabun). “Seterusnya bacon (daging babi salai), ham (daging bahagian peha babi), sow (babi betina dewasa), sow milk (susu babi), pig (babi muda berat kurang 50 kg) dan porcine (sesuatu yang berasal daripada babi, selalu digunakan bagi istilah saintifik),” menurut hantaran berkenaan. Dilaporkan, produk makanan ‘Ham & Cheese’ yang dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) didapati tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPH...

Meta, Facebook akan menghentikan pengesahan fakta: Apa maksudnya bagi media sosial?

Image
Platform media sosial milik Meta menghentikan pemeriksaan fakta pihak ketiga, menggantikan dengan nota komuniti. Meta, pemilik Facebook dan platform media sosial lain, akan melaksanakan perubahan besar pada dasar pemodenan kandungannya, pengasas Mark Zuckerberg mengumumkan minggu ini dalam video bertajuk, "Lebih banyak ucapan dan kurang kesilapan". Antara perubahan tersebut, penggunaan organisasi pemeriksaan fakta oleh Meta akan dihapuskan dan kumpulan tersebut akan beralih kepada sistem nota komuniti – serupa dengan yang digunakan oleh platform X – sebagai ganti. Jadi, mengapa ini berlaku sekarang dan adakah ia akan membawa kepada lebih banyak maklumat palsu? Apa yang diumumkan oleh Zuckerberg tentang Meta minggu ini dan mengapa? Dalam sebuah video yang dimuat naik ke platform media sosial, Zuckerberg menjelaskan bahawa Meta merancang untuk menghentikan semakan fakta demi sistem nota komuniti baru yang boleh digunakan oleh pengguna untuk mengenal pasti kiriman orang lain yan...