Posts

Showing posts with the label Mohamed Salah

EPL: Slot akui nasib membantu Liverpool

Image
BOURNEMOUTH – Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui pasukannya bernasib baik selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Bournemouth untuk terus mengekalkan penguasaan di Liga Perdana Inggeris. Kemenangan itu juga menyaksikan Liverpool berjaya menamatkan aksi tanpa kalah The Cherries dalam 11 perlawanan selepas Mohamed Salah meledak kedua-dua gol termasuk jaringan pembukaan menerusi sepakan penalti. “Jika anda mahukan kemenangan di Stadium Vitality, anda perlukan bantuan tuah kerana peluang yang ada sangat kecil. Kami bernasib baik mendapat penalti, jaringan penyamaan mereka kurang bernasib baik kerana ofsaid dan dua percubaan mereka terkena palang. “Kami juga mempunyai beberapa peluang, namun tidak bernasib baik. Saya akui bahawa sebelum aksi bermula saya sedar peluang kami menang di sini sangat tipis,” kata Slot. Dua gol yang dihasilkan oleh Salah menyaksikan dia berjaya memintas kedudukan Frank Lampard untuk muncul pemain keenam penjaring terbanyak dalam saingan EPL selepas mengumpul 1...

Kontrak baharu Salah gembirakan Liverpool

Image
LIVERPOOL – Liverpool mendapat tonik terbaik bagi mengekalkan rekod bersih dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini selepas pemain sayap, Mohamed Salah dilaporkan sudah bersetuju dengan kontrak baharu selama dua tahun. Perkembangan terbaharu itu pastinya memberi suntikan semangat buat The Reds bagi mencatat kemenangan keenam menjelang pertemuan menentang Girona di Stadium Montilivi awal pagi esok. Setakat ini, Liverpool merupakan salah satu daripada tiga pasukan yang masih kekal dengan rekod tanpa kalah dalam saingan UCL termasuk juara Serie A, Inter Milan dan satu lagi kelab dari Itali, Atalanta. Difahamkan, Salah meminta perjanjian baharu selama tiga tahun dengan Liverpool hanya menawarkan kontrak lanjutan setahun, namun difahamkan kata sepakat sudah dicapai dengan tawaran akhir selama dua tahun. Persetujuan kontrak baharu dengan Salah dianggap sebagai rahmat buat pasukan itu memandangkan dia mempamerkan aksi cukup baik sepanjang saingan musim ini apabila sudah meledak 1...