Posts

Showing posts with the label Methamphetamine

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Image
Lima lelaki warga Indonesia yang ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu di perairan Pulau Pinang kerana menyeludup syabu bernilai RM728,704, semalam, disyaki cuba membuang dadah ke laut dan melarikan diri ke daratan. Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu. Menurutnya, semua suspek berusia antara 20 hingga 30-an itu berjaya diberkas di kawasan berhampiran bot yang ditinggalkan beberapa jam selepas kejadian. "Terdahulu, bot berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan di perairan Teluk Kumbar, dan suspek disyaki membuang barang kes sebelum melarikan diri ke darat terdekat iaitu di Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu, Bayan Lepas. "Ia menyebabkan bot suspek tenggelam akibat perlanggaran dengan batu, namun hasil kecekalan pasukan, kesemua mereka berjaya diberkas di kawasan berhampiran bot," katanya dalam kenyataan, hari ini. Mengulas lanjut, Rusley berkata, hasil serbuan...

Anggota polis wanita ditahan positif dadah ketika berhibur

Image
Seorang anggota polis wanita berusia 26 tahun ditahan dalam Ops Hiburan yang dijalankan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak di sini awal pagi Rabu kerana didapati positif dadah. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata dalam operasi yang dijalankan pukul 2 pagi itu, wanita berkenaan didapati positif dadah jenis Amphetamine, Methamphetamine, Ketamin dan Benzo selepas menjalani ujian saringan air kencing. "Wanita tersebut,  yang merupakan pegawai rendah polis sedang bercuti sebelum melaporkan diri di Kontinjen Johor dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata anggota polis itu direman selama dua hari sehingga hari ini dan telah dibebaskan dengan jaminan polis. Selain anggota polis wanita tersebut, Mohamad Lazim berkata seramai 66 individu lain diperiksa dan 11 warga asing ditahan atas kesalahan...