Posts

Showing posts with the label Hotel bajet

Ops Hari Kekasih: 4 pasangan ditangkap JHEAINS

Image
SEREMBAN – Empat pasangan kekasih dicekup di sekitar hotel bajet di Nilai, di sini kelmarin dalam operasi dilaksanakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sempena Ops Valentine’s Day.  Pengarah JHEAINS, Mohd. Asri Abdullah berkata, operasi bermula pukul 8 malam yang turut disertai Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan itu membabitkan pemeriksaan di enam premis pusat urutan refleksologi dan 12 hotel bajet di Nilai.   “Hasil pemeriksaan seramai lapan individu berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an ditahan atas kesalahan berkaitan undang-undang syariah. “Selain itu, Jabatan Imigresen turut menahan empat warga asing yang didapati tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya ketika dihubungi..  Menurut Mohd. Asri, semua individu yang ditahan dalam operasi berakhir pukul 2 pagi itu dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS untuk siasatan dan tindakan lanjut.  Katanya, operasi bersepadu berkenaan dijalankan da...

Kena tangkap khalwat lepas tengok bunga api

Image
MELAKA – Seorang lelaki warga emas berstatus suami orang antara yang dicekup berkhalwat dengan pasangan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Bandraya Melaka di sini, tengah malam tadi. Lelaki berusia 60 tahun itu bersama seorang wanita warga Thailand berusia 42 tahun ditahan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi Operasi Cegah Jenayah Syariah antara pukul 12.30 tengah malam hingga 4.30 pagi tadi. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, lelaki itu ditahan kerana berdua-duan dengan pasangannya seorang perempuan yang bukan beragama Islam. “Lelaki tersebut seorang peniaga dan telah berkahwin sementara pasangannya bekerja sebagai tukang urut di sebuah pusat urut di Bandaraya Melaka. Hasil soal siasat mereka mengaku keluar berdua untuk menyambut tahun baharu dan menonton pertunjukan bunga api. “Selepas itu mereka menginap bersama di sebuah hotel kerana penat dan telah lewat malam untuk pulang ...