Posts

Showing posts with the label Boling

Boling Piala Dunia: pasukan lelaki negara rangkul emas

Image
Skuad boling lelaki negara mencipta sejarah apabila buat pertama kali merangkul trofi Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Kowloon, Hong Kong hari ini. Pada aksi final di Top Bowl, Kai Tak Sports Park, pasukan negara berdepan cabaran hebat untuk menewaskan Puerto Rico 3-2  (203-179, 216-257, 197-180, 185-222, 227-161). Pasukan lelaki ini terdiri daripada Timmy Tan, Ahmad Muaz Mohd Fishol, Muhammad Rafiq Ismail dan Tun Hakim Tun Hasnul Azam. Ini adalah gelaran pertama untuk pasukan lelaki negara sejak acara berpasukan diperkenalkan pada 2022, di mana mereka tewas 2-3 kepada Filipina pada suku akhir edisi terdahulu di Queensland, Australia. Sebelum itu, Malaysia menewaskan Kuwait 3-1 (205-153, 159-201, 245-206,234-233) untuk mara ke final, manakala Puerto Rico berjaya membalas kekalahan 1-3 kepada juara bertahan Amerika Syarikat dalam final edisi lepas dengan mengalahkan lawan yang sama 3-1 (186-175, 158-234, 200-196,210-177). Sementara itu, pada perlawanan final, sku...

Skuad boling lelaki, wanita negara mara ke separuh akhir Piala Dunia 2025

Image
Skuad boling lelaki dan wanita negara masing-masing berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia Piala Dunia 2025 di Kowloon, Hong Kong hari ini.  Menurut laman web https://www.abf-online.org/results/2025, skuad wanita menampilkan aksi cemerlang menumpaskan skuad Sweden selepas memenangi tiga daripada empat perlawanan dengan keputusan 221-200, 187-142, 206-224, 226-185 pada suku akhir sebentar tadi.  Skuad wanita negara dibarisi Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan, Sin Li Jane dan Gillian Lim.  Mereka dijaual bertemu Makau di separuh akhir esok.  Sementara itu, skuad lelaki turut mempamerkan aksi hebat dengan menumpaskan skuad Jerman dengan memenangi tiga dari empat perlawanan dengan keputusan 154-258, 234-199, 210-190, 202-184.  Pasukan lelaki negara yang dibarisi Timmy Tan, Ahmad Muaz Mohd Fishol, Muhammad Rafiq Ismail dan Tun Hakim Tun Hasnul Azam dijadual bertemu Kuwait pada separuh akhir esok.