Posts

Showing posts with the label Boeing 737-800

CEO Jeju Air disoal siasat polis berhubung nahas pesawat

Image
SEOUL -- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jeju Air Co., Kim E-bae, menjalani soal siasat polis berhubung nahas maut jet penumpang syarikat itu pada Disember, yang meragut 179 nyawa, kata pegawai pada Isnin. Menurut Agensi Berita Yonhap, Polis Wilayah Jeonnam baru-baru ini menyoal siasat Kim sebagai saksi berhubung nahas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di daerah barat daya Muan pada 29 Dis. Daripada jumlah keseluruhan 181 orang di dalam pesawat, hanya dua yang terselamat. Polis dikatakan telah menumpukan soal siasat mereka kepada operasi dan pengurusan keselamatan pesawat yang terlibat dalam nahas itu, dengan Kim dilaporkan menyatakan tiada isu mengenai keselamatan, penyelenggaraan dan operasi jet itu. Polis telah memanggil beberapa pegawai daripada syarikat penerbangan bajet itu, lapangan terbang, kementerian pengangkutan, dan agensi berkaitan untuk menyiasat punca sebenar kemalangan tersebut. Penyiasat kini menumpukan penyiasatan mereka pada localiser lapangan terbang, alat navigas...

[TONTON] Sekurang-kurangnya 28 maut, pesawat penumpang Boeing 737-800, Jeju Air 7C2216 melanggar tembok dan terbakar

Image
Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh apabila sebuah pesawat penumpang terkeluar dari landasan dan melanggar tembok di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan pada hari Ahad 29 Disember, lapor agensi berita Yonhap. Kemalangan itu berlaku apabila pesawat penumpang Boeing 737-800, Jeju Air 7C2216, yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari ibu kota Thailand, Bangkok, mendarat di lapangan terbang di selatan negara itu. Dua orang ditemui masih hidup dan operasi menyelamat masih dijalankan, kata seorang pegawai bomba Muan. Pegawai tersebut tidak dapat mengesahkan laporan mengenai 28 kematian. Pihak berkuasa sedang berusaha menyelamatkan penumpang di bahagian ekor, kata seorang pegawai lapangan terbang. Video yang dikongsi oleh media tempatan menunjukkan pesawat tergelincir di landasan tanpa gear pendaratan yang jelas sebelum melanggar dinding dalam letupan api dan serpihan. Gambar-gambar lain menunjukkan asap dan api meliputi sebahagian pesawat. Kemalanga...