Posts

Showing posts with the label Sungai Buloh

Khairy kembali ke UMNO dalam masa terdekat?

Image
Mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dilaporkan sedang merancang untuk kembali ke UMNO dalam masa terdekat. Usaha untuk memujuk Khairy kembali ke UMNO bermula selepas kematian bapa mentuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi. "Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Khairy dan pasukan Pengerusi UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dikatakan telah mengadakan perbincangan awal, dan Zahid memberikan isyarat yang positif." Khairy telah dipecat daripada UMNO pada Januari 2023 atas alasan melanggar disiplin parti dan mengkritik Pengerusi UMNO semasa Pilihan Raya Umum ke-15. Memohon untuk Sertai Semula Melalui Bahagian Sungai Buloh Menurut sumber, Khairy memohon untuk menyertai semula UMNO melalui Bahagian Sungai Buloh. Seorang pemimpin UMNO tempatan berkata: "Seperti biasa, UMNO memerlukan pemimpin seperti Khairy. Beliau telah membuktikan kebolehannya dalam pilihan raya lalu, walaupun bukan di kawasan kuat tradisional kita. Beliau masih mempunyai semangat untuk berjuang demi ...

[TONTON] Kolam takungan pecah, Taman Seri Alam bagai dilanda tsunami

Image
Sebuah kolam takungan di Taman Seri Alam, Saujana Utama, Sungai Buloh dekat sini dilaporkan pecah menyebabkan limpahan air keluar ke kawasan berhampiran. Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Saujana Utama, Sungai Buloh, beberapa kawasan seperti Hillpark, Seri Alam dan Saujana Perdana kini dilimpahi air ekoran kejadian terbabit. Beberapa klip video yang memaparkan air turut memasuki beberapa rumah di kawasan terbabit turut tular di laman sosial ketika ini. Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berkenaan punca kejadian itu berlaku, namun berdasarkan komen daripada pengguna laman sosial, insiden itu berlaku akibat dinding kolam takungan pecah. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna telah berkongsi berkenaan kejadian terbabit dan menasihatkan orang ramai tidak melalui kawasan terbabit. “Hillpark pun turut banjir, jangan lalu jalan belakang nak ke Eco Grandeur,”tulis Nur Ain. Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Hafizah Cheong. “Perumahan kat Sau...