Posts

Showing posts with the label Timor-Leste

Weststar-GAP Aviation peroleh kontrak helikopter RM176 juta di Timor-Leste

Image
Weststar-GAP Aviation LDA, usaha sama antara Timor Gap-Timor Gas Petroleo EP dan Weststar Aviation Timor, Unipessoal, LDA telah memperoleh kontrak perkhidmatan pengangkutan helikopter dengan syarikat tenaga Australia, Santos NA (19-12) Pty Ltd bernilai US$40 juta atau RM175.6 juta.  Weststar Aviation Group melalui satu kenyataan hari ini berkata perjanjian itu menguatkan lagi kedudukan Weststar sebagai penyedia perkhidmatan helikopter luar pesisir di rantau ini.  “Operasi di bawah kontrak ini akan bermula menjelang 1 Feb 2025,” katanya. “Kontrak yang berstruktur untuk tempoh 12 bulan awal dengan opsyen bagi dua lanjutan selama enam bulan, akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan helikopter untuk menyokong operasi luar pesisir Santos di rantau Bayu-Udan,” katanya. Kontrak tersebut menandakan pencapaian kritikal dalam strategi Weststar-Gap yang lebih luas untuk meningkatkan perkhidmatan penerbangan luar pesisir di Timor-Leste, dengan pertumbuhan prospektif ke medan Greater Sun...

Timor-Leste hampir calar maruah Harimau Malaya di laman sendiri

Image
Malaysia nyaris dimalukan pasukan kerdil Timor-Leste selepas bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 3-2 pada perlawanan kedua Kumpulan A di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini, malam ini. Penyerang naturalisasi Paulo Josue muncul wira skuad Harimau Malaya apabila meledak dua gol pada babak kedua permainan untuk mengubah kedudukan selepas Timor-Leste yang merupakan pasukan di ranking ke-196 dunia mendahului 2-1 di separuh masa pertama. Pada pertembungan itu, ketua jurulatih pasukan negara Pau Marti Vicente melakukan tujuh perubahan dalam kesebelasan utama yang seri 2-2 menentang Kemboja pada aksi pembukaan di Phnom Penh, Ahad lepas, menyaksikan skuad kendaliannya bergelut dan beraksi di bawah kemampuan sebenar. Kegagalan menemui rentak permainan menyaksikan tandukan penyerang Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-10 menjadi satu-satunya percubaan tepat pasukan negara ke gawang sepanjang 30 minit pertama. Malaysia akhirnya berjaya memecah kebuntuan gol selepas beberapa si...