Posts

Showing posts with the label Kelanntan

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman

Image
MACANG: Lebih 50 mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang yang terjejas akibat tanah runtuh di kawasan kediaman mereka di Taman Desa Mas, November lepas, akan ditempatkan di kolej kediaman kampus semester depan. Rektor UiTM Cawangan Kelantan Profesor Dr Mohd Afandi Mat Rani berkata langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya dan pihaknya sedang menunggu tindakan kerajaan negeri. "Kawasan berkenaan belum dibersihkan sepenuhnya, jadi kita tidak galakkan pelajar menyewa di lokasi itu malah semua penuntut terbabit akan ditempatkan di kolej kediaman memandangkan pada semester depan, hanya 500 pelajar bagi pengambilan baharu selain kita mempunyai kapasiti mencukupi bagi tujuan tersebut," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Mahabbah Kasih Ramadan UiTM Cawangan Kelantan bersama Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS) dan Rumah Kelantan Tiang 12 di sini, hari ini.  Terdahulu, Tengku Puan Temenggong Kelant...

Sungai Golok melimpah: Peniaga di Rantau Panjang tutup kedai awal

Image
Peniaga di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di sini bertindak mengemas dan menyimpan barangan jualan mereka seawal 2 petang tadi, susulan bimbang dengan paras air Sungai Golok yang melimpah dan diramal meningkat secara mendadak. Tinjauan Bernama petang tadi mendapati kawasan itu lengang dengan banyak premis telah ditutup. Peniaga selipar dan anak patung, Nurul Atikah Adli, 21, berkata dia telah menyimpan barangan jualan di tempat tinggi bagi mengelak dibasahi air sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan. “Sebelum ini, saya akan membuka kedai seawal 10 pagi hingga 7 malam namun limpahan air dari Sungai Golok menyebabkan saya terpaksa menutup premis lebih awal, bimbang barangan jualan terjejas. “Dalam kejadian banjir pada November lepas, saya tidak menyangka paras air di sini mencecah sehingga ke paras pinggang menyebabkan saya menanggung kerugian besar,” katanya. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga Melayu Rantau Panjang, Ramli Abdullah berkata kebanyakan peniaga menutup pr...