Posts

Showing posts with the label Keuntungan bersih

Malakoff kembali untung bagi tahun kewangan 2024

Image
Malakoff Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 dengan keuntungan bersih RM268.69 juta berbanding kerugian bersih RM837.16 juta pada tahun kewangan 2023. Perolehan pula turun 1.1 peratus kepada RM8.97 bilion daripada RM9.07 bilion bagi tempoh yang sama. Prestasi perolehan itu disebabkan terutama oleh pembayaran tenaga yang lebih rendah dicatatkan daripada Tanjung Bin Power Sdn Bhd (TBP) ekoran penurunan harga arang batu boleh guna (ACP). “Bagaimanapun, ini sebahagiannya diimbangi dengan pembayaran tenaga lebih tinggi dicatatkan daripada Segari Energy Ventures Sdn Bhd (SEV) dan Prai Power Sdn Bhd selaras dengan faktor penghantaran yang lebih tinggi,” menurut Malakoff dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini. Bagi prestasi kewangan suku keempat, Malakoff mencatatkan keuntungan bersih RM26.03 juta berbanding kerugian bersih RM357.12 juta pada suku sama tahun kewangan 2023 manakala perolehan berkurangan 4.4 peratus kepada RM2.16 bilio...

LPI Capital raih pendapatan, perolehan lebih baik bagi tahun kewangan 2024

Image
Keuntungan bersih LPI Capital Bhd meningkat kepada RM377.09 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 berbanding RM313.73 juta pada tahun sebelumnya, terutamanya berikutan keuntungan yang lebih tinggi daripada segmen insurans am. Perolehan bagi tahun berkenaan turut meningkat kepada RM1.93 bilion daripada RM1.91 bilion, dipacu oleh segmen pegangan pelaburan yang menyaksikan kenaikan 42.4 peratus atau RM13.3 juta kepada RM44.70 juta. LPI Capital dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata segmen berkenaan merekodkan RM31.4 juta pada 2023,  disumbangkan oleh peningkatan pendapatan dividen yang lebih tinggi. Sementara itu, segmen insurans am merekodkan pendapatan lebih tinggi sebanyak RM1.88 bilion pada tahun kewangan 2024 berbanding RM1.87 bilion pada 2023 berikutan pendapatan dividen dan pendapatan faedah lebih tinggi yang diterima sepanjang tahun kewangan semasa. Bagi suku keempat berakhir 31 Dis 2024, LPI Capital merekodkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM7...