Malaysia kekal komited pertahan ekonomi terbuka, imbangi dasar baharu AS

Kerajaan menegaskan komitmennya untuk mengekalkan Malaysia sebagai negara ekonomi terbuka dengan mengambil langkah strategik bagi mengimbangi kepentingan negara dalam menghadapi perubahan dasar pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS). Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Malaysia yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa akan memanfaatkan peluang untuk terus memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama sedia ada dengan AS. Pentadbiran baharu AS kini yang mengamalkan dasar America First, berpotensi mengubah pendekatan negara itu dalam hubungan luar dan secara tidak langsung memberi kesan kepada Malaysia, katanya. "Sebagai sebuah negara yang ekonominya banyak bergantung kepada perdagangan, kita pasti akan merasai kesannya secara langsung atau tidak langsung. Namun, kita sedang meneliti keadaan ini, dan laporan-laporan akan dibentangkan kepada Kabinet dari semasa ke semasa," katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata demikian bag...