Posts

Showing posts with the label Musuh negara

Tabayyun: Penemuan 50 Tan Selongsong Peluru Tanda Negara Akan Diserang?

Image
Adakah penemuan 50 tan peluru dan selongsong peluru di Selangor menjadi petanda negara dalam bahaya atau musuh ingin menakluk Malaysia? Sebenarnya, bahan tersebut dirampas dari kilang kitar semula sisa elektronik haram yang dipercayai diimport untuk dilebur menjadi batangan logam – tiada kaitan dengan ancaman penaklukan! Platform pemeriksaan fakta MyCheck Bernama mendedahkan, seorang pengguna Facebook dalam kumpulan "Komuniti Tanjung Malim" membuat tuduhan tersebut. Namun hakikatnya, 50 tan selongsong peluru itu dirampas dalam serbuan polis ke sebuah kilang kitar semula sisa elektronik haram di Telok Panglima Garang, Selangor. Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Dato' Mohd Suzlin Hassan, selongsong peluru tersebut dipercayai diimport dari luar negara untuk dilebur bagi mengekstrak logam berharga. Serbuan itu membawa kepada penahanan 4 individu: seorang wanita tempatan (24 tahun) yang berkhidmat sebagai setiausaha d...