Posts

Showing posts with the label Sabak Bernam

Remaja perempun dijel sebbulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

Image
SABAK BERNAM – “Harap (hukuman) penjara ini menginsafkan kamu, tanam semula sahsiah diri,” Demikian tegas Majistret Siti Hajar Ali sebelum menjatuhi hukuman penjara sebulan terhadap pembantu kedai selepas mengaku salah menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat bayinya dalam mangkuk tandas sebuah stesen minyak, bulan lalu. Hukuman penjara itu diarahkan berjalan bermula hari ini. Tertuduh, Nur Alieya Danisha Muhd. Alif Subramaniam, 18, turut didenda RM5,000 atau penjara lima bulan sekiranya gagal membayarnya. Tertuduh membayar denda tersebut. Siti Hajar dalam penghakimannya berkata, hukuman itu memadai selepas mengambil kira semua faktor penilaian dan pemberatan seperti umur tertuduh yang masih muda. “Ini merupakan kesalahan pertama tertuduh telah insaf dan kesal atas perbuatannya. Namun, mahkamah berpendapat kepentingan awam perlu dititikberatkan tanpa meminggirkan kepentingan peribadi tertuduh yang masih muda. “Hukuman ini bertindak sebagai pengajaran yang menginsafkan kepada tert...

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

Image
 Seorang parah manakala tiga lagi cedera selepas sebuah khemah menjual mercun terbakar dalam kejadian di Kampung Batu 9, Pekan Sabak Bernam, dekat sini awal pagi tadi 2 April 2024. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.08 pagi sebelum menggerakkan sebuah jentera bersama lapan anggota ke lokasi kejadian. Beliau berkata pihaknya mendapati kebakaran melibatkan kanopi 40 kaki persegi itu telah padam sepenuhnya sebelum ketibaan pihak bomba. “Insiden melibatkan empat lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20-an dengan seorang daripadanya cedera parah pada bahagian kaki kiri dan kanan serta tangan kanan manakala seorang lagi hanya cedera ringan. “Kesemua mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Md Yusof Ahmad menerusi satu kenyataan memaklumkan siasatan awal mendapa...