Kemas perkukuh pendidikan al-Quran, tubuh 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz tahun ini - Ahmad Zahid

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan memperluas pendidikan al-Quran dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak dengan penubuhan 4,000 kelas Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Pra-Tahfiz melibatkan 60,000 kanak-kanak di seluruh negara tahun ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha itu merupakan komitmen kerajaan dalam memastikan pendidikan al-Quran terus menjadi tunjang dalam membina generasi pewaris negara yang berakhlak, berilmu dan berdaya saing. “Usaha ini bermula dengan pelaksanaan rintis di 100 Tabika KEMAS, melibatkan 1,500 kanak-kanak. Alhamdulillah sambutan yang diterima sangat menggalakkan hingga 2024, penyertaan meningkat kepada 55,269 kanak-kanak. “Saya percaya ini membuktikan bahawa masyarakat menyambut baik usaha KEMAS untuk memperkukuh nilai-nilai Islam dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata selain pendidikan, K...