Posts

Showing posts with the label Tercekik

Kanak-kanak California lumpuh tercekik gula gummy

Image
Kejadian tercekik gula-gula gummy pernah dilaporkan media antarabangsa sebelum ini, membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun sehingga menyebabkan dia kelumpuhan. Menerusi laporan Newsweek, kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Amelie Paredes Sotelo telah tercekik gula-gula gummy pada 13 Disember 2022. Amelie dilaporkan telah makan salah satu daripada gula-gula gummy itu dan sebaik ibu bapanya menyedari dia tercekik, mereka cuba mencungkil keluar daripada kerongkongnya namun tidak berjaya. Kanak-kanak itu dibawa ke hospital dan kakitangan perubatan menggunakan kaedah sedutan bagi membersihkan sumbatan. Bagaimanapun, mangsa menderita akibat hipoksia kerana kekurangan oksigen yang berpanjangan. Susulan itu, keluarga mangsa mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat gula-gula gummy jenama Candy Land berkenaan. Pada November 2022, turut dilaporkan seorang kanak-kanak Thailand nyaris maut apabila dia tercekik ‘eyeball jelly’ dan kejadian itu dirakam menerusi telev...

Murid tahun 5 kritikal selepas tercekik eyeball candy

Image
Seorang murid Tahun Lima kini sedang kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengalami sesak nafas akibat tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata yang dibelinya di luar kawasan sekolah, petang semalam. Mangsa, Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin, 10, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HPP selepas dilaporkan tidak sedarkan diri ketika mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth. Menurut ibu saudaranya, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.30 petang dimana Mohamad Fahmi dikatakan meminta izin daripada gurunya untuk ke tandas selepas dia dikatakan tersedak. Bagaimanapun, dia dilaporkan rebah dan tidak sedarkan diri ketika sedang berjalan ke tandas. “Ustazah cuba membantu dengan memberi rawatan awal termasuk menepuk belakangnya, sebelum menghubungi ambulans. “Pasukan perubatan yang tiba di lokasi bertindak melakukan CPR sebelum berjaya mengeluarkan gula-gula yang tersangkut di tekak anak saudara...