Posts

Showing posts with the label Bomoh

Bomoh auta kebas emas, wang tunai RM445,000

Image
 TANGKAK – Kerana percaya dengan cakap manis seorang kawan yang mampu menghalau gangguan makhluk halus, seorang warga emas terpaksa berputih apabila kerugian selepas menyerahkan wang tunai dan barang kemas bernilai RM445,000. Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Roslan Mohd. Talib, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut daripada mangsa lelaki warga tempatan berusia 70 tahun semalam. -Advertisement- “Mangsa ditawarkan untuk mendapatkan khidmat rawatan tradisional dan telah menyerahkan sejumlah wang tunai dan barangan kemas kepada suspek dengan anggaran kerugian berjumlah RM445,000. “Wang tunai dan barang kemas berkenaan diserahkan sekitar bulan Mac hingga April 2024. “Mangsa percaya rawatan perubatan ini adalah sahih disebabkan suspek merupakan kenalannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tambah Roslan, kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan sebatan atau denda. Pihak pol...

‘Bomoh’ muda mengaku salah lakukan amang seksual

Image
CHUKAI, TERENGGANU -- Seorang ‘bomoh’ muda mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.   Muhammad Adiq Alqbab Zanuddin,20, membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd. Berdasarkan pertuduhan pertama, Muhammad Adiq Alqbab didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan kesalahan itu terhadap kanak-kanak berkenaan di sebuah rumah di Bandar Seri Bandi dekat sini kira-kira 1 pagi pada 31 Jan lepas. Dia boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.  Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa di bawah Seksyen 14(d) akta yang sama kerana melakukan perbuatan itu terhadap mangsa pada pertengahan Januari lepas di lokasi dan masa yang sama. Hakim Wan Suhaila membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dan men...