Posts

Showing posts with the label Kuala Sanglang

Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan

Image
KANGAR -- Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini (07/02/2025) atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan. Nor Zainab Jamaludin, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya hari ini. Wanita itu didakwa telah meninggalkan seorang bayi perempuan yang dilahirkannya di kedai makan berkenaan di Kampung Rama, Sanglang pada 6.30 pagi, 19 Jan. Nor Zainab didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala wanita itu diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Siti Hajar Che Ahmad. Tengku Ruqayyah kemudian memohon mahkamah menetapkan satu tarikh baharu untuk laporan kimia dan forensik. Majistret Ana Rozana Mohd Nor menetapkan 19 Mac untuk serah...

Ibu empat anak direman bantu siasatan kes buang bayi

Image
KANGAR -- Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat, Kangar pada 19 Januari lepas. Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata wanita itu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan ditahan di sebuah rumah di Simpang Empat pada 2.55 pagi tadi. Beliau berkata suspek yang disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi tinggal bersama empat anaknya yang masih kecil manakala suami wanita itu berada di sebuah pusat pemulihan dadah. “Siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai telah melahirkan bayi perempuan di dalam tandas seorang diri di sebuah rumah di Kampung Permatang Kersek, Simpang Empat kira-kira 6.30 petang, 18 Jan lepas,” katanya dalam kenyataan malam ini. Yusharifuddin berkata pada keesokannya, suspek disyaki pergi ke Kampung Rama dengan sebuah kereta milik rakan...