Posts

Showing posts with the label Pengisytiharan harta

Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pengurup wang berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi, berkata suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan, namun dilepaskan selepas mengadu sakit jantung. Beliau berkata suspek kemudian dirujuk kepada doktor dan disahkan mengalami masalah jantung tersumbat sebelum dilepaskan bagi menerima rawatan lanjut. Dalam pada itu, Azam berkata proses merakam keterangan Ismail Sabri mungkin akan mengambil beberapa sesi lagi sebelum selesai. Ketika ditanya mengenai kemungkinan pendakwaan, beliau berkata masih ada beberapa individu lain yang perlu dipanggil untuk dirakam keterangannya. Petang tadi, bekas perdana menteri itu dilihat meninggalkan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 4.35 petang selepas proses merakam keterangannya berlangsung selama lebih enam jam. Sumber SPRM mengesahkan...

Sesi rakam keterangan Ismail Sabri dijangka sambung Isnin

Image
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hari ini. Bagaimanapun ia masih belum berakhir kerana menurut sumber, Ahli Parlimen Bera itu dijangka kembali bagi menyambung sesi memberi keterangan kepada SPRM pada Isnin. Terdahulu, Ismail hadir bagi dirakam keterangan berhubung kes itu pada 8.46 pagi tadi, sebelum keluar pada 12.30 tengah hari untuk solat Jumaat, dan kembali semula di Ibu Pejabat SPRM pada 3.25 petang bagi menyambung sesi. Kenderaan yang dinaiki beliau kemudiannya dilihat meninggalkan perkarangan SPRM pada 5.42 petang. Semalam Ismail Sabri hadir dan mula memberi keterangan berhubung kes berkenaan di Ibu Pejabat SPRM di sini. Pada 3 Mac, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram, susulan penemuan wang t...

Kes Ismail Sabri: 36 selesai beri keterangan, 23 lagi akan dipanggil SPRM

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merekodkan keterangan 36 saksi bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sumber SPRM berkata 23 lagi saksi baharu dikenal pasti dan akan dipanggil dalam masa terdekat bagi memberi keterangan. “Saksi yang dirakam keterangan termasuk empat bekas pegawai kanan kepada Ismail Sabri yang sebelum ini direman dan dibebaskan dengan jaminan SPRM. “Empat saksi pula masih dalam proses rakaman keterangan ketika ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Sementara itu, sumber berkenaan turut memaklumkan proses merakam keterangan Ahli Parlimen Bera itu yang dijadualkan 13 Mac ini, hanya akan dilakukan bergantung kepada tahap kesihatannya pada hari berkenaan. “Sekiranya sihat, beliau boleh diambil keterangan,” katanya. Bekas perdana menteri kesembilan itu sebelum ini dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah secara tiba-tiba di rumahnya pada 21 Feb lepas. Pada 3 Mac l...

SPRM temu bual doktor rawat Ismail Sabri di hospital

Image
 Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemu bual doktor perubatan yang merawat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hospital di Selangor. Menurut sumber, proses temu bual itu dijalankan bermula pukul 3.30 petang tadi di hospital tempat pegawai perubatan tersebut bekerja. Difahamkan, keterangan yang akan diberikan doktor perubatan itu kepada SPRM adalah bagi mengetahui tahap kesihatan Ismail Sabri sebelum keterangan beliau direkodkan pada Khamis depan. Semalam, SPRM menangguhkan sesi rakaman keterangan Ismail Sabri yang dijadualkan hari ini susulan cuti sakit beliau dilanjutkan sehingga 12 Mac ini. Sumber berkata, tujuan SPRM menemu bual doktor yang merawat Ismail Sabri adalah untuk mengetahui tahap kesihatan beliau sama ada benar-benar berada dalam keadaan baik dan sihat. “SPRM mengambil berat kesihatan bekas Perdana Menteri itu selain mengenal pasti penyakit yang dihadapi beliau ,” kata sumber. Sebelum itu, Ismail Sabri ...

SPRM tangguh rakam keterangan Ismail Sabri, cuti sakit hingga 12 Mac

Image
  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangguhkan sesi rakaman keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan esok kepada 13 Mac ini susulan cuti sakit beliau dilanjutkan sehingga 12 Mac ini. Menurut sumber, SPRM akan merakam keterangan doktor yang merawat Ismail Sabri untuk mengetahui tahap kesihatan beliau sebelum keterangannya direkodkan Khamis depan. “Tujuan SPRM merakam percakapan doktor yang merawat Ismail Sabri adalah untuk mengetahui tahap kesihatan beliau sama ada benar-benar berada dalam keadaan baik dan sihat. “SPRM mengambil berat kesihatan bekas Perdana Menteri itu selain mengenal pasti penyakit yang dihadapi beliau ,” katanya tadi. Sebelum ini Ismail Sabri dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada 5 Mac lalu untuk memberi keterangan. Namun, beliau tidak dapat hadir sehingga kini kerana masalah kesihatan dan telah diberikan sijil cuti sakit oleh doktor yang merawatnya sehingga 12 Mac depan. Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SP...

SPRM siasat Ismail Sabri berkaitan kes rasuah, pengubahan wang haram

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram. SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa Ismail Sabri menerajui negara. Siasatan ke atas bekas Perdana Menteri kesembilan itu dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. "Sehubungan dengan itu, bekas Perdana Menteri diarahkan untuk membuat pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 pada 11 Dis 2024 dan pengisytiharan tersebut telah dibuat secara rasmi pada 10 Feb lepas," menurut kenyataan tersebut. Selain itu, SPRM memaklumkan berdasarkan maklumat baharu dan hasil risikan, pihaknya telah menahan empat pegawai kanan yang berkhidmat di bawah Ismail...