Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan situasi penyakit kusta di Kuala Pilah terkawal dan pesakit tidak perlu lagi diasingkan kerana terdapat rawatan yang berkesan. KKM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan justeru, orang ramai diminta supaya memberi kerjasama kepada pasukan kesihatan semasa aktiviti pengesanan kes dijalankan. “Aktiviti pengesanan kes dan kontak serta langkah pencegahan dan kawalan jangkitan masih diteruskan. Mana-mana individu yang mempunyai gejala seperti penyakit kusta perlu mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran,” menurut kenyataan itu hari ini. Menurut KKM, setakat 19 Feb, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Negeri Sembilan telah menjalankan saringan ke atas 368 daripada 460 penduduk sebagai langkah mempergiat pengesanan kes kusta di Kampung Chergun dan Kampung Guntur, Kuala Pilah. Langkah terbabit adalah sebahagian daripada usaha mencari dan mengesan kes secara bersasar di lapangan sejak Julai 2024 dan sehingga kini sembilan kes disahkan kusta de...