Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang

Pengasuh kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, bahawa beliau mendengar suara kanak-kanak autistik itu seolah-seolah cuba melepaskan diri daripada seseorang semasa mencarinya bersama adiknya di kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai pada petang hari kejadian mangsa dilaporkan hilang. Auni Afiqah Abas, 30, berkata demikian semasa disoal balas peguam Haresh Mahadevan yang mewakili Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari pada hari kelapan perbicaraan kes pengabaian yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak itu di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh. Saksi pendakwaan ke-17 itu bersetuju dengan peguam bahawa dia ada menyatakan suara Zayn Rayyan seolah-olah ingin melepaskan diri daripada seseorang, semasa ditemu ramah satu media yang disiarkan secara langsung menerusi TikTok. Haresh: Jadi, itu lah suara arwah Zayn Rayyan yang anda (Auni Afiqah) dengar pada petang 5 Dis 2023, betul? Auni Afiqah: Ya, betul. Auni Afiqah berkata semasa dia m...