Posts

Showing posts with the label UP_TVET

Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid

Image
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempunyai peluang luas untuk meneroka bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sejajar dengan minat serta kecenderungan masing-masing. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata di Malaysia, terdapat 1,398 institusi TVET merangkumi 673 institusi TVET awam, 697 swasta dan 28 di bawah kerajaan negeri, dengan ekosistem yang dinamik serta luas itu menawarkan pelbagai bidang kemahiran yang relevan dengan keperluan industri dan pasaran kerja semasa. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini. “Saya mengucapkan tahniah kepada semua pelajar atas usaha dan kesungguhan mereka sepanjang tempoh peperiksaan. Namun, tamatnya SPM bukanlah penamat, ia permulaan kepada satu fasa baharu dalam kehidupan. “Kini, tibalah masanya untuk pelajar menentukan hala tuju masa depan, sama ada dalam pendidikan tinggi atau bidang kerj...