Masyarakat pelbagai kaum raikan iftar bersama di 'Juh Berambeh Sungkei'

Kuching: Warga bandar raya ini mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk menyertai program berbuka puasa 'Juh Berambeh Sungkei' di Padang Merdeka, di sini, hari ini. Acara itu, yang turut disertai masyarakat bukan Islam, menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Masyarakat bukan Islam yang turut serta berbuka puasa teruja dengan acara yang diadakan secara ala piknik di tempat terbuka itu. Melvin Mclair, 22, berkata ini kali kedua beliau menyertai acara itu selepas tahun 2023. Mahasiswa Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Kampus Parit Raja, Batu Pahat itu, bersama tujuh rakannya mengambil tempat di tengah Padang Merdeka sejak jam 5 pagi kerana mahu mendapatkan lokasi yang menarik. "Saya mengambil kesempatan ketika cuti ini untuk sekali lagi bersama masyarakat Islam berbuka puasa di padang ini. "Acara ini cukup menarik kerana mengumpulkan masyarakat pelbagai kaum dan agama dalam satu kelompo...