Posts

Showing posts with the label Guru kaunseling

Guru kaunseling tak mengaku salah lakukan amang seksual fizikal terhadap murid

Image
SEREMBAN -- Seorang guru kaunseling mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap murid lelakinya serta menyimpan video serta gambar bahan penganiayaan kanak-kanak, dua tahun lepas. Mohd Kharulnizam Muslin, 45, membuat pengakuan terbabit selepas ketiga-tiga pertuduhan itu dibacakan secara berasingan terhadapnya di hadapan Hakim Datin Surita Budin. Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di dalam bilik kaunseling sebuah sekolah di sini pada 1 tengah hari dan 4 petang antara awal Mei hingga awal Sept 2023. Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKSTKK 2017) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan. Lelaki itu turut didakwa menyimpan 180 gambar dan video bahan penganiayaan seksual k...