Posts

Showing posts with the label Pusat-beli belah

Suspek kes tembak di pusat beli-belah Setia Alam dikenal pasti - Polis

Image
SHAH ALAM -- Polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam di sini malam tadi.  Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki warga tempatan berumur 30-an yang berkulit cerah itu mempunyai 11 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah. “Polis sedang giat mengesan dan berusaha untuk menangkap suspek. Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman mati. “Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh 20 tahun, jika sabit kesalahan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.   Hussein berkata pihaknya telah menerima tujuh laporan polis yang dibuat oleh saksi awam dan beliau menggesa mereka yang melihat atau mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Mohd Afandi Ahmad menerusi talian 0...