Pelarasan harga lantai belian padi bantu pesawah serap kos, tambah pendapatan - MADA

Pelarasan harga lantai belian padi bukan sahaja berita gembira kepada pesawah, malah ia dapat membantu golongan itu menyerap kenaikan kos pengeluaran padi, seterusnya menambah pendapatan. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelarasan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 bagi setiap tan metrik berkuat kuasa Ahad ini, dapat memberikan penyelesaian ‘menang-menang’ kepada pihak yang terlibat di dalam rantaian industri padi. “Walaupun industri padi dan beras negara sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti ancaman perubahan iklim, kenaikan kos dan ketidaktentuan geopolitik dunia, namun Kerajaan MADANI sentiasa komited menjaga kebajikan pesawah dan kesejahteraan rakyat, dengan mengimbangi kepentingan semua pihak dalam industri padi dan beras negara,” menurut kenyataan itu. MADA yang menyambut baik pengumuman oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu itu memaklumkan pengguna juga boleh menarik ...