EFL: Liverpool harap aura Anfield

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Arne Slot berharap barisan pemain dapat mengekalkan momentum cemerlang dalam usaha mara ke perlawanan akhir Piala Liga Inggeris (EFL) dengan menewaskan Tottenham Hotspur awal pagi esok. Sebagai rekod, skuad The Reds tewas 0-1 pada aksi separuh akhir pertama di tempat lawan pada bulan lalu dan kini mengharapkan ‘aura’ Anfield untuk bangkit pada baki 90 minit perlawanan. Menurut Slot, Spurs mempunyai potensi untuk mengancam misi pasukannya yang kini dalam misi memburu gelaran quadruple selepas turut bersaing hebat dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Piala FA musim ini. “Saya jangka dua pasukan yang bakal mempamerkan corak permainan terbuka dengan mentaliti menyerang sepanjang perlawanan. “Kita telah menunjukkan kualiti yang ada pada aksi separuh akhir pertama sebelum ini, tetapi tidak bernasib baik apabila tewas dan kita sudah belajar daripada kekalahan tersebut. “Sudah tentu segalanya masih terbuka dan kita masih ...