Piala Cabaran: Selangor FC juara, belasah PDRM FC 7-0

Seperti dijangka, Selangor FC tamatkan penantian selepas menjulang trofi pertama dalam tempoh 10 tahun selepas menjulang Piala Cabaran apabila menewaskan PDRM FC dengan keputusan agregat 7-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi. Sebagai rekod, skuad Gergasi Merah seperti sudah meletakkan sebelah tangan ke atas trofi selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menghadiahkan kemenangan 3-0 pada aksi final pertama minggu lepas susulan kesilapan The Cops yang menurunkan pemain yang digantung perlawanan. Situasi tersebut tidak menghalang Selangor FC untuk berpesta apabila meraih gol pada seawal minit keempat hasil jaringan Ali Olwan yang menyudahkan hantaran Ronnie Fernandez. Gol tersebut menaikkan semangat Selangor FC untuk meraih gol kedua dengan kini giliran Yohandry Orozco mencetak nama selaku penjaring berselang lima minit kemudian. Nasib malang terus menghantui PDRM FC selepas diarahkan bermain dengan 10 pemain bermula minit ke-21 apabila Muhammad Eizrul Ashraf No...